Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sian.tan] | سيانتن

Definisi : ; ~ hutan a) = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), jarum-jarum merah, pecah periuk, penujuh, Ixora chinensis; b) sj tumbuhan (pokok), delak ayam, jarum-jarum (jejarum, menjarum) merah, nipis kulit, Ixora concinna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siantan

Puisi
 

Tinggi-tinggi Gunung Siantan,
     Burung nuri ditambat tali;
Kalau cik adik hendak jantan,
     Pakai bedak tujuh jari.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIANTAN

SIANTAN, salah satu pulau dalam kelompok Pulau Anambas, Indonesia, dan sebahagian daripada kepulauan di Laut China Selatan yang dikenal sebagai Pulau Tujuh.  Kepulauan Pulau Tujuh yang terletak di antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Kalimantan, termasuk lebih daripada 300 buah pulau.  Orang setempat membahagikan kepulauan itu ke dalam tujuh kelompok, iaitu Jemajar (Anambas Barat), Siantan (Anambas Besar), Pulau Laut (Natuna Utara), Bunguran (Natuna Besar), Subi (Natuna Selatan), Serasan (Pulau Perompak) dan Tambelan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DAENG KEMBOJA

DAENG KEMBOJA (? -1777), Yang Dipertuan Muda Riau yang ketiga (1745). Dia lahir di Siantan. Bapanya Daeng Parani putera sulung Raja Bugis, Opu Tendribureng Daeng Rilaka. Ibu Daeng Kemboja orang Siantan, anak Nakhoda Alang.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA KECIL

RAJA KECIL ( ? -1746), Sultan Johor-Riau (1718-1722). Baginda menduduki takhta kerajaan Johor pada tahun 1718 dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Menurut Sejarah Melayu, Raja Kecil mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dan ibunya, Encik Pong. Raja Kecil dibesarkan di istana Minangkabau. Baginda mendapat kebenaran daripada Puteri Jamilan mengembara ke Tambang, Limon, Batanghari, Palembang, Johor, Lawas, Siantan, Bangka dan akhirnya pulang semula ke Minangkabau. Ketika berada di Lawas, Raja Kecil berkahwin dengan anak Dipati Mata Kucing.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas