SYAIR BURUNG PUNGGUK | SYAIR BURUNG PUNGGUK, puisi Melayu tradisional. Tidak diketahui dengan jelas siapa pengarang syair ini. Salah sebuah naskhah yang ditemui bertarikh 1865 mencatatkan nama Ibrahim dari Tanjung Pinang di hujungnya. Dalam beberapa rangkapnya pula dibayangkan bahawa dialah pengarang syair tersebut. Malah dalam satu rangkap yang lain, Ibrahim telah mengizinkan pembaca mengubah bahagian-bahagian yang tidak mereka gemari. Meskipun begitu adalah tidak jelas sama ada dialah pengarang syair tersebut atau penyalinnya sahaja. | SASTERA | Konsep |