Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
siasat
Kata Terbitan : menyiasat, penyiasatan, penyiasat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BOKOR HUTASUHUT

BOKOR HUTASUHUT  (1934-     ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 2 Jun 1934 di Balige, Sumatera Utara, Indonesia.  Pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Atas Medan pada tahun 1956 (tamat Kelas Dua).  Dia pernah menjadi redaktur kebudayaan majalah <I>Waktu I> dan <I>Pelangi I> di Medan (1955-1962).  Kemudian dia dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sastra (1963-1966).  Ketika berlangsungnya Konperensi Kaeyawan Pengarang Se-Indonesia di Jakarta (1-7 Mac 1964), Bokor telah dilantik sebagai setiausaha agung.  Bokor mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1950-an.  Bagaiamapun, dia hanya produktif berkarya selama lebih kurang dua dekad sahaja iaitu hingga akhir tahun 1960-an atau awal tahun 1970-an.  Karya-karyanya terutama cerpen sering tersiar dalam majalah <I>Kisah, Mimbar, Indonesia, Konfontasi, Cerita, Siasat dan Sastra.I>  Kumpulan cerpennya yang diterbitkan ialah <I> Datang Malam I>(1963).  Sedangkan novelnya pula ialah <I>Penakluk Ujung DuniaI> (1964) dan <I>Tanah KesayanganI> (1965).  Cerita bersirinya yang berjudul <I>Pantai BaratI> menerima Hadiah Kedua majalah <I>Sastra I> (1963) dan diterbitkan sebagai sebuah novel pada tahun 1988.

SASTERATokoh

Kembali ke atas