Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menyiat mencarik halus-halus (dgn tangan, gigi, paruh, dll), mencarik (kertas), mengoyak (kulit drpd daging, kertas, dll), menguliti: gigi yg berjenis-jenis itu digunakan utk memotong, ~, mengisar, dan meng­hancurkan makanan; kadang-kadang maja­lah ayahnya disiatnya dan dibuatnya kapal atau layang-layang; menyiat-nyiatkan ki menghancurkan se­suatu hingga berkecai: aku merasakan per­tengkaran kali ini spt ~ hatiku; tersiat terpisah kulit drpd daging, terkelupas (kulit), tercarik: rambutnya direntap-rentap spt hendak ~ kulit kepala; ®sayat I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
siat
Kata Terbitan : menyiat, tersiat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERUNDING

SERUNDING, makanan yang diperbuat daripada kelapa bercampur daging atau ikan yang dimasak bersama-sama rempah.  Masakan ini halus, kering dan berderai.  Bahan utama untuk membuat serunding ialah kelapa yang diparut halus.  Kelapa ini dimasak bersama-sama daging yang telah disiat-siat atau bahan-bahan campuran lain serta rempah-rempat seperti ketumbar, jintan, bawang, cili kering, lengkuas, serai dan halia.  Bahan-bahan ini dimasak selama tiga atau empat jam sehingga betul-betul kering.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas