Karborundum (formula kimia, SiC) ialah nama
dagang bagi silikon karbida, iaitu pelelas. Ia
disediakan daripada pasir dan karbon.
PARTI PERIKATAN SABAH, parti politik. Parti Perikatan Sabah merupakan gabungan empat buah parti politik yang terdiri daripada United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO) yang mewakili bumiputera bukan Islam iaitu kaum Dusun-Kadazan dan Murut; Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang mewakili bumiputera Islam iaitu kaum Bajau, Suluk, Brunei, Iranun dan Bisaya; Sabah Chinese Association (SCA) yang mewakili kaum Cina dan Sabah Indian Community (SIC) yang mewakili kaum India. Parti ini didaftarkan pada 13 November 1962.