ANWAR RIDHWAN | Dia lahir pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Nama sebenarnya ialah Mohd. Anuar Haji Rethwan. Dia mendapat pendidikan asas di Sekolah Ungku Aziz Sabak Bernam (1963-1967) dan Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur (1968-1969). Pada tahun 1970, dia menuntut di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Bakat besarnya dalam bidang sastera dan penulisan bermula ketika pada tahun pertama universiti, terutamanya dalam bidang sajak dan cerpen, dan turut mengasaskan ikatan Sastera Universiti Malaya (ISUM) dan mengelolakan ruangan kebudayaan akhbar Mahasiswa Negara. Anwar lulus Sarjana Muda Sastera (kepujian) pada tahun 1973. Pada bulan Mei 1973, dia bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sejak bertugas di DBP, Anwar pernah menjadi sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Pada tahun 1983, dia menamatkan pengajian ijazah sarjana Sastera di Universiti Malaya. | SASTERA | Tokoh |
JURNAL PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA | JURNAL PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA, jurnal terbitan persatuan ahli bahasa dan penggiat bahasa Melayu di Malaysia. Jurnal ini terbit kali pertama pada tahun 1983. sidang Editornya terdiri daripada Prof. Dr. Nik Safiah Karim selaku Ketua Editor, Dr. Abd. Aziz Idris selaku Editor dan Prof. Dr. Farid M. Onn serta Awang Sariyan selaku Editor Pelaksana. | BAHASA | Karya |