KELUARGA SIDEK | Keluarga Sidek ialah ahli Keluarga Dato’ Sidek yang berjaya dalam arena badminton. Anak-anak Dato’ Sidek terdiri daripada Misbun, Razif, Jalani, Rahman, Rashid, dan Zamaliah. | UMUM | |
RAZIF SIDEK | Pemain badminton negara | SUKAN | Tokoh |
RASHID SIDEK | Tokoh badmointon negara | SUKAN | Tokoh |
ABDULLAH SIDEK | ABDULLAH SIDEK (1913-1973), penulis. Dia lahir pada bulan Mac 1913 di Kampung Kadut, Mukim Jabi, Segamat, Johor | SASTERA | Konsep |
MISBUN SIDEK, DATUK | Misbun Sidek, Datuk (1960- ), jaguh perseorangan badminton negara. | SUKAN | Tokoh |
JALANI SIDEK | Jalani Sidek (1963- ), pemain badminton. Beliau dilahirkan pada 10 November 1963 di Kanchung Darat, Banting, Selangor. | SUKAN | Tokoh |
MISBUN SIDEK | MISBUN SIDEK (1960 -), pemain badminton. Dia lahir pada 17 Februari 1960 di Kanchong Darat, Barat, Selangor. Misbun ialah anak kedua daripada enam adik-beradik. Dia mendapat pendidikan menengah di Victoria Institution, Kuala lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KHATIJAH SIDEK | KHATIJAH SIDEK (19181982), pemimpin dan pemidato wanita. Beliau lahir di Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Khatijah binti Mohd. Sidek. Beliau memulakan alam persekolahan di HIS (Hollands Inlandsche School) dan menamatkan pengajian pada tahun 1931 sebelum menyambung pengajian di M.U.L.O. dan terpilih ke Menengah Tinggi (Jurusan Kedoktoran). Pada tahun 1931, beliau bersama-sama 30 orang rakannya dibuang sekolah akibat kegiatan politik dalam Persatuan Pelajar (IM) Indonesia Muda dalam (KBI) Kepanduan Bangsa Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK | HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK (1874 – 1935), ulama dan pendidik. Dia lahir pada tahun 1874 di Mukim Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu (1882-1885) di samping belajar mengaji al-Qur’an dan agama. Pada tahun 1889, dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah untuk mendalami bidang bahasa Arab, fikah, tafsir (Ulum al-Qur’an) dan ilmu falak. Antara gurunya termasuklah Syekh Mohamad al-Bukhari dan Syekh Mohamad al-Khayar. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1910, dia dilantik sebagai kadi dan kemudian Kadi Besar (1916). Dia juga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di Mahkamah Syariah Kedah di samping mengajar al-Qur’an kepada pegawai kerajaan, guru agama dan orang ramai di Masjid Zahir, di Madrasah Limbong Kapal, Alor Setar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MAKTAB MAHMUD | MAKTAB MAHMUD, sekolah agama. Asas penubuhan sekolah ini bermula dengan Madrasatul Hamidiyah yang didirikan oleh Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidek, sekitar tahun 1920-an, Madrasah ini terletak di Jalan Limbong Kapal, Alor Setar, Kedah. Setelah 15 tahun, sekolah ini tidak lagi dapat menampung pelajar yang semakin bertambah. Kawasan sekolah pula sering dilanda banjir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |