| SIERRA MADRE | Sierra Madre, nama bagi tiga banjaran gunung di Mexico. Banjaran gunung ini ialah Sierra Madre | UMUM | Konsep |
| SIERRA LEONE | Sierra Leone ialah negara kecil yang terletak di bahagian yang “membonjol” di barat Afrika, di utara khatulistiwa. Sierra Leone menghasilkan sebahagian besar berlian – salah satu barang yang sangat berharga di dunia, dan antara negara utama yang mengeluarkan berlian untuk membuat batu permata dan juga digunakan dalam industri. | UMUM | Konsep |
| TAMAN NEGARA YOSEMITE | Taman Negara Yosemite ialah kawasan tanah gersang yang luas di bahagian tengah-timur California, Amerika Syarikat. Taman ini terletak di pergunungan Sierra Nevada, kira-kira 320 kilometer di timur San Francisco. Terdapat kira-kira 1100 kilometer jalan denai yang kebanyakannya menuju ke “High Sierra”, iaitu kawasan tasik yang airnya berkilauan, penuh dengan jeram berarus deras, dan dikelilingi oleh puncak gunung yang berceranggah. Muzium Yosemite yang terletak di dalam taman ini mempamerkan koleksi Orang Asli Amerika dan hidupan liar di kawasan ini. | UMUM | |
| SANTIAGO DE CUBA | Santiago de Cuba (pend. 345 772) terletak di kaki banjaran Sierra Maestra di pinggir laut tenggara Cuba. Jauhnya 740 kilometer di tenggara Havana. Untuk lokasi, lihat Cuba (peta politik). Santiago ialah pusat industri perlombongan Cuba. Ia juga pusat penghantaran besi, mangan, gula, kopi dan tembakau. Kota Morro, salah sebuah mercu tandanya, didirikan untuk mempertahankan pelabuhannya daripada serangan lanun British, dan Perancis. Pada tahun 1898, semasa Perang Sepanyol-Amerika, angkatan laut Amerika Syarikat telah memusnahkan sebahagian besar angkatan laut Sepanyol berhampiran pelabuhan Santiago. | UMUM | |
| RENO | Reno (pend. 133 850; pend. kaw. met. 254 667) ialah pusat pelancongan utama bagi pelancongan dan bandar kedua terbesar di Nevada, Amerika Syarikat. Hanya Las Vegas mempunyai penduduk yang lebih ramai daripadanya. Reno terletak di Sungai Truckee di barat Nevada di kaki Pergunungan Sierra Nevada. | UMUM | |
| SHARP, GRANVILLE | Sharp, Granville (1735–1813) ialah pemimpin gerakan menentang perhambaan di Britain. Pada tahun 1772, usahanya berhasil apabila undang-undang memutuskan bahawa hamba yang memasuki wilayah British adalah bebas secara automatik. Cadangan Granville Sharp supaya tanah jajahan membebaskan hamba dikuatkuasakan di Sierra Leone pada tahun 1787. Sharp menjalankan kempen menentang kumpulan yang menindas dan membantu menubuhkan Persatuan Bible British dan Asing (British and Foreign Bible Society) pada tahun 1804. Granville Sharp lahir di Durham, England. | UMUM | |
| SEGENTING TEHUANTEPEC | Segenting Tehuantepec membentuk bahagian yang paling sempit di Mexico. Ia terletak di antara Teluk Campeche dengan Teluk Tehuantepec, dan merangkumi bahagianbahagian negeri Veracruz dan Oaxaca. Untuk lokasi, lihat Mexico (peta rupa bumi). Segenting ini mempunyai simpanan petroleum dan sulfur yang banyak. Ia berukuran 210 kilometer lebar pada bahagian yang paling sempit. Kebanyakan tanahnya ialah tanah rendah tropika. Kaki bukit pergunungan Sierra Madre terletak di selatan. | UMUM | |