SIFAR | Sifar, dalam matematik ialah nama bagi digit 0, kadangkala dikenali sebagai kosong. Ia digunakan untuk menyatakan ketiadaan sebarang kuantiti. Sifar diperlukan dalam sistem angka bertempat, iaitu sistem yang kita dan kebanyakan orang gunakan pada hari ini. Dalam sistem bertempat, kedudukan, atau tempat sesuatu angka menentukan nilai angka itu. Bagi angka 246, digit 2 bernilai dua ratus (ratus), digit 4 bernilai empat puluh (puluh), dan 6 pula bernilai enam unit (sa). Angka itu melambangkan nombor 246. Untuk menulis nombor 206, kita perlukan suatu simbol untuk menyatakan ketiadaan puluh. Angka 0 di sini memenuhi fungsi itu. Sifar apabila ditambah kepada atau ditolak daripada sesuatu nombor memberi nombor itu semula. Suatu nombor didarab dengan sifar menghasilkan nilai sifar. Pembahagian dengan sifar tidak dapat ditakrifkan. Sifar ialah nombor genap.
| UMUM | Konsep |
SIFAR MUTLAK | Sifar mutlak ialah suhu teoretis apabila atom dan molekul sesuatu bahan mempunyai tenaga serendah mungkin. Suhu ini, yang dipercayai oleh ahli sains adalah suhu yang paling rendah boleh dicapai, bersamaan –273.15°C. Nilai ini berdasarkan sebahagiannya pada pemerhatian hubungan antara suhu dengan tekanan gas. Apabila suhu gas terbatas kepada isi padu tetap direndahkan, tekanannya berkurangan berkadaran langsung – seolah-olah ia akan menjadi sifar pada –273.15°C.
| UMUM | Konsep |
PERTUMBUHAN SIFAR | Pertumbuhan sifar lihat Kadar kelahiran dan kematian. | UMUM | |
OCTILLION | Octillion. Di United Kingdom, satu octillion ialah 1 diikuti oleh 48 sifar. Di Perancis dan Amerika Syarikat, octillion ialah 1 diikuti oleh 27 sifar. Lihat juga Sistem perpuluhan (Sistem perpuluhan dan bilangan nombor). | UMUM | |
TITIK ISOELEKTRIK | Nilai pH sesuatu larutan yang menunjukkan molekul dalam larutan itu mempunyai cas bersih sifar. Pada pH ini, nilai cas positif dan negatif pada molekul tersebut adalah sama dan diberikan simbol pI. Nilai pH ini juga dikenali sebagai titik isoionik. Struktur molekul yang mempunyai cas bersih sifar ini dinamai bentuk zwiterion. Contoh lazim molekul yang mempunyai sifat ini ialah asid amino dan protein....untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
NOMBOR NISBAH | Nombor nisbah ialah sebarang nombor yang boleh dinyatakan dalam bentuk a/b , iaitu a ialah sebarang integer dan b ialah sebarang integer kecuali sifar. Integer ialah nombor bulat yang lebih besar daripada, kurang daripada, atau bersamaan sifar. Nombor nisbah termasuk nombor positif seperti 3/4 dan 2/3 dan nombor negatif seperti - 1/3 dan - 5/2 . | UMUM | |
KEBERALIRAN LAMPAU | Keberaliran lampau ialah fenomena apabila logam tertentu, aloi dan tembikar mengalirkan elektrik tanpa rintangan. Keberaliran daripada logam dan aloi berlaku pada suhu hampir sifar mutlak, iaitu –273.15 ° C. Plumbum, raksa dan timah menjadi pengalir lampau yang baik pada suhu tersebut. Sesetengah tembikar menjadi pengalir lampau pada suhu setinggi –148 ° C. | UMUM | |
KUADRILION | Kuadrilion ialah ribu juta juta di Amerika Syarikat dan Perancis. Maksud ini juga terpakai dalam ensiklopedia ini. Satu kuadrilion mempunyai 15 sifar, iaitu 1 000 000 000 000 000. | UMUM | |
NOMBOR OKTANA | Nombor oktana ialah nombor yang menunjukkan sebaik mana bahan api motor tahan terhadap “ketukan”. “Ketukan” berlaku apabila bahan api terakhir dalam silinder enjin terbakar terlalu cepat. Nombor oktana bahan api motor diketahui dengan membandingkan kecenderungan ketukan bahan api dengan kecenderungan ketukan bahan api rujukan dalam enjin ujian. Setiap bahan api rujukan adalah campuran heptana normal (bahan api cenderung- ketukan) dan isooktana (bahan api tahan ketukan). Heptana normal mempunyai nombor oktana sifar, dan isooktana mempunyai nilai 100. Bahan api motor mempunyai nombor oktana 85 jika ia menghasilkan ketukan yang sama sebagaimana bahan api rujukan yang terdiri daripada 85 peratus isooktana dan 15 peratus heptana normal. Kebanyakan petrol mempunyai nombor oktana dari 80 hingga 100. Lihat juga Petrol. | UMUM | |
RUMPUT | Rumput adalah satu daripada famili yang paling besar dan paling pelbagai dalam alam tumbuhan. Sesetengah jenis rumput boleh didapati hampir di semua permukaan bumi. Rumput tumbuh di paya dan gurun; di kawasan kutub bawah sifarKembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
|