| SPARTA | Sparta, juga dikenali sebagai Lacedaemon, ibu negeri Laconia, pada suatu masa dahulu merupakan negara kota yang paling berkuasa di Yunani purba. Sparta masyhur dengan kuasa ketenteraannya dan kesetiaan askarnya. Penghormatan yang paling tinggi bagi seorang penduduk Sparta ialah terkorban semasa mempertahankan negerinya. Ketahanan, kebencian terhadap benda mewah, dan ketegasan yang sukar digoyah, masih disebut dalam perbandingan sebagai sikap atau sifat baik penduduk Spartan. | UMUM | |
| ELASTOMETER | Bahan getah tiruan uyang mempunyai sifat regang yang sangat baik. | FIZIK | Sifat/Keadaan |
| PEMPLASTIK | Bahan yang dicampurkan dengan bahan polimer bagi mendapatkan sifat aliran dan kebolehprosesan yang lebih baik dan seterusnya mengubah sifat fizikal produk tersebut. Pemplastik ialah bahan organik berberat molekul rendah tetapi mempunyai takat didih yang tinggi. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
| TERENCE | Terence (195?–159? S.M.) ialah penulis drama komedi Rom. Karya dramanya, pada dasarnya, merupakan versi Latin daripada jalan cerita Yunani. Karya-karyanya lebih halus berbanding dengan karya-karya Plautus, dan ditandai gaya penulisan yang tulen, binaan cerita yang teliti, dan gambaran sifat yang baik. Kesemua enam karya drama komedinya masih boleh dibaca dan dipentaskan. | UMUM | |
| NENEK KEBAYAN | Nenek Kebayan, perempuan tua yang bijaksana dan mempunyai sifat yang baik serta suka menolong seperti yang digambarkan dalam hikayat dan cerita rakyat Melayu. | SASTERA | Tokoh |
| MENCIUS | Mencius (390? S.M.–305? S.M.) ialah ahli falsafah Cina yang utama. Dia merupakan salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dalam perkembangan falsafah Cina yang dikenal sebagai Konfusianisme. Mencius paling terkenal kerana keyakinannya bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik. Dia juga percaya bahawa rakyat sesebuah negara mempunyai alasan apabila menggulingkan atau malahan membunuh raja yang zalim. Mencius mentakrifkan raja yang zalim sebagai orang yang mengabaikan kebajikan rakyat dan memerintah mereka dengan tidak bertimbang rasa. Kebanyakan gagasan Mencius terdapat dalam Mengzi (juga dieja Meng-tzu), buku yang mungkin merupakan koleksi ajarannya. | UMUM | |
| PAK KADUK | PAK KADUK, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Kaduk melalui “Cerita Pak Kaduk” membawa watak bodoh sial. Dia bernasib baik tetapi rezeki tidak di pihaknya kerana sifat tamaknya. Dia juga tidak boleh dianggap bodoh seperti Pak Pandir kerana dia berdaya menggunakan akal supaya mendapat manfaat daripada usaha yang dilakukan. Malangnya tindakan yang diambil setelah membuat pertimbangan tidak sesuai dengan keadaan sebenar, menyebabkan dia kerugian, iaitu ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. | SASTERA | Karya |