| MENCIUS | Mencius (390? S.M.–305? S.M.) ialah ahli falsafah Cina yang utama. Dia merupakan salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dalam perkembangan falsafah Cina yang dikenal sebagai  Konfusianisme.  Mencius paling terkenal kerana keyakinannya bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik. Dia juga percaya bahawa rakyat sesebuah negara mempunyai alasan apabila menggulingkan atau malahan membunuh raja yang zalim. Mencius mentakrifkan raja yang zalim sebagai orang yang mengabaikan kebajikan rakyat dan memerintah mereka dengan tidak bertimbang rasa. Kebanyakan gagasan Mencius terdapat dalam  Mengzi  (juga dieja Meng-tzu), buku yang mungkin merupakan koleksi ajarannya.  | UMUM |   | 
			
				| XUNZI | Xunzi (340? SM–245? SM), juga dieja Hsun Tzu,  ialah seorang ahli falsafah Cina yang paling  dikenali kerana kepercayaannya bahawa sifat  semula jadi manusia pada dasarnya jahat. Dia  menganggap dirinya pengikut falsafah  Konfusianisme. Walau bagaimanapun,  pendapatnya tentang sifat semula jadi manusia  berbeza daripada pendapat kebanyakan pengikut  Konfusianisme.  | UMUM |   | 
			
				| KAYU | Kayu ialah bahan yang keras di bawah kulit  pokok, pokok renek dan lain-lain tumbuhan  tertentu. Sifat-sifat fizikal kayu, berserta komposisi  kimianya menjadikannya satu daripada sumber  semula jadi yang paling bernilai.  | UMUM |   | 
			
				| MINDA | Minda. Ahli psikologi, ahli psikiatri, dan ahli falsafah mempunyai berbagai-bagai pandangan tentang sifat semula jadi minda. Sehingga kini, mereka masih belum mencapai persetujuan tentangnya.  | UMUM |   | 
			
				| THUCYDIDES | Thucydides (460?–400? S.M.), ahli sejarah Yunani, menjadi ahli sejarah pertama di dunia yang bercita-cita untuk mencatat sejarah yang tepat dan tidak berat sebelah yang juga boleh mendedahkan perjalanan sifat kemanusiaan semula jadi dalam masyarakat. Bahan sejarahnya ialah perang besar di antara dua negara kota Yunani, Athens dan Sparta . Perang ini berlaku dari tahun 431 S.M. hingga tahun 404 S.M. Catatan Thucydides yang terkenal,  History of the Peloponnesian War  , berakhir pada tahun 411 S.M.  | UMUM |   | 
			
				| HIDROMORFOLOGI | Hidromorfologi, istilah dalam disiplin hidrologi yang menerangkan ciri hidrologi serta sifat fizikal yang terdapat atau terbentuk sama ada secara semula jadi ataupun akibat aktiviti manusia.  | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas | 
			
				| BIOPOLIMER |  Biopolimer ialah polimer yang terdapat secara semula jadi.  Kanji, protein dan peptida, DNA dan RNA adalah contoh biopolimer yang terdiri daripada unit monomer gula, asid amino dan asid nukleik.  | BIOLOGI | Sifat/Keadaan |