Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.fi.lis] | سيفيليس

Definisi : sj penyakit kelamin yg kronik dan ber­jangkit, penyakit raja singa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.fi.lis] | سيفيليس

Definisi : penyakit kelamin yg menahun dan berjangkit, yg dibawa oleh kuman Treponema pallidium. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sifilis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIFILIS

Sifilis ialah penyakit yang berjangkit melalui

hubungan seks dan dapat menimbulkan beberapa

gejala yang teruk jika tidak dirawat. Sifilis

disebabkan oleh spirochaete (bakteria dalam

bentuk bergulung-gulung) dikenali sebagai

Treponema pallidum. Organisma ini hidup hanya

pada manusia dan biasanya berjangkit semasa

hubungan seks.

UMUM 
TABES

Tabes, bermakna badan yang menyusut. Perkataan

ini pernah digunakan untuk menggambarkan

keadaan yang menyebabkan penyusutan ini. Namun,

kini penggunaannya secara eksklusifnya adalah

untuk menggambarkan penyusutan badan yang

disebabkan oleh sifilis, sejenis penyakit kelamin.

Dalam keadaan ini ia dikenali sebagai tabes dorsalis

yang bermakna penyusutan di bahagian dorsal

(belakang) saraf tunjang. Seseorang yang mengalami

keadaan ini menghadapi kesukaran untuk

mengimbangkan pergerakannya. Dia juga mungkin

kehilangan deria rasa di bahagian tangan dan kaki,

dan otot kakinya menjadi semakin lemah. Saraf

optik, iaitu sejenis saraf mata, juga mungkin terjejas.

UMUM 

Kembali ke atas