Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.fon] | سيفون

Definisi : sj bahan (kain) yg lembut, nipis, halus, dan jarang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.fon] | سيفون

Definisi : 1. tiub yg digunakan utk mengeluarkan cecair dr sesuatu bekas dgn menggunakan tekanan udara apabila satu hujung tiub berada di dlm bekas dan hujung yg satu lagi berada pd kedudukan yg lebih rendah; 2. organ bertiub pd haiwan spt moluska, tempat lalunya air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.fon] | سيفون

Definisi : ist tiub atau paip yg berbentuk spt huruf U terbalik dan digunakan utk menyalin cecair. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sifon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIFON

Sifon ialah alat ringkas untuk menyalurkan cecair

dari satu paras ke paras yang lebih rendah. Ia

terdiri daripada hos atau tiub yang dibengkokkan

supaya satu bahagiannya lebih panjang daripada

bahagian yang satu lagi. Untuk mula berfungsi,

sifon mesti diisi dahulu dengan cecair

sepenuhnya. Jika bahagian sifon yang

pendek dimasukkan dalam bekas cecair,

cecair itu akan mengalir naik ke bahagian tiub

yang pendek dan mengalir turun dan

keluar dari bahagian tiub yang panjang.

UMUM 
ARGONAUT

Argonaut ialah haiwan laut yang sama kelasnya

dengan kurita dan cumi-cumi. Argonaut hidup di

permukaan laut panas di dunia tempat ia memakan

ikan kecil. Ia berenang dengan menolak pancutan air

melalui sifon, suatu organ berbentuk tiub di bawah

kepalanya. Argonaut betina panjangnya sehingga 15

sentimeter. Argonaut jantan jarang membesar lebih

daripada 2.5 sentimeter panjang. Seperti kurita,

argonaut mempunyai lapan lengan. Dua daripada

lengan argonaut betina berbentuk seperti kipas.

Semasa kedua-duanya bercantum, ia beransur-ansur

membentuk cangkerang yang keras bak kertas yang

melindungi telurnya yang halus. Nama nautilus kertas

yang sering digunakan bagi haiwan ini berasal

daripada cangkerang yang rapuh. Cangkerang ini

ditanggalkan selepas telur menetas. Argonaut jantan

tidak membentuk cangkerang.

Pengelasan saintifik. Argonaut tergolong dalam

famili sefalopod, Argonautidae. Argonaut biasa ialah

Argonauta argo.

UMUM 

Kembali ke atas