PEPERIKSAAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH | | UMUM | |
BAHASA MALAYSIA SIJIL PELAJARAN | | BAHASA | Konsep |
PERAKUAN KESIHATAN | Perakuan kesihatan ialah sijil yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak berkuasa pelabuhan tertentu. Ia memperakukan keadaan kesihatan anak kapal dan penumpang, dan keadaan kebersihan kapal semasa ia hendak belayar. Kapal dikuarantin apabila ada wabak penyakit di atas kapal atau apabila pengasapan diperlukan (lihat Kuarantin). Apabila sesebuah kapal itu tiba di pelabuhan, ia akan dikuarantin sehingga praktik (izin untuk berkomunikasi) telah dibenarkan. Permit praktik percuma mengizinkan kapal untuk masuk tanpa sekatan kuarantin selanjutnya. Praktik sementara menunjukkan syarat yang membolehkan praktik percuma dikeluarkan. | UMUM | |
MOECHTAR AWANG | MOECTHAR AWANG (1956- ), penyair. Dia lahir pada 19 Februari 1956 di Kota Bharu, Kelantan. Dia menerima pendidikan di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kemudian dia memasuki Maktab Adabi dan lulus Sijil Tinggi Persekolahan (STP). Dia mendapat Sijil Penulisan Kreatif dari Universiti Sains Malaysia dan kemudian menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dalam jurusan Penulisan Kreatif dan Deskriptif hingga berjaya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1986. | SASTERA | Tokoh |
PERCETAKAN | Percetakan ialah satu daripada media komunikasi massa yang amat penting, seiring dengan radio, televisyen, dan filem. Percetakan menjadi asas kepada kebanyakan sistem pendidikan kita. Perniagaan moden bergantung pada percetakan untuk semua perkara, daripada slip penyata jualan kepada wang dan sijil saham. Pengiklanan bergantung sebahagiannya pada percetakan untuk menjual barangan. | UMUM | |
MOHD. AFFANDI HASSAN | MOHD. AFFANDI HASSAN (1943- ), penulis. Dia lahir pada 9 Mac 1943 di Selising, Pasir Mas, Kelantan. Dia menerima pendidikan di Sekolah Melayu Pasir Mas pada tahun 1950 dan lulus Darjah Tujuh pada tahun 1956. Pada tahun 1957, dia menyambung pelajaran di Sekolah Inggeris Pasir Mas dan lulus Sijil Persekolahan pada tahun 1962. Dari tahun 1963 hingga tahun 1964, dia menuntut di Penang Free School hingga lulus Sijil Tinggi Persekolahan (STP). Pada tahun 1965, dia menjadi mahasiswa Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1968. Dari tahun 1971 hingga tahun 1972, dia mengikuti kursus pentadbiran dan memperoleh Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya. Pada tahun 1976, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Politik di London. | SASTERA | Tokoh |
POLITEKNIK UNGKU OMAR | POLITEKNIK UNGKU OMAR, institusi pendidikan yang melatih lulusan sekolah menengah menjadi tenaga separa profesional pada peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang kejuruteraan, teknologi dan perdagangan. Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan bantuan United Nation of Educations Science and Culture Organisation (UNESCO). Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperoleh daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik yang pertama di Malaysia di kawasan seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MOHD. ISMAIL SARBINI | MOHD. ISMAIL SARBINI (1950- ), penulis. Dia lahir pada 5 Mei 1950 di Kampung BUkit Kapar, Kelang, Selangor. Dia sering menggunakan nama samaran Isma M.S., Hali Isma dan Budi Isma. Dia menerima pendidikan awal di Kapar sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Kelang hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1977, dia mengikuti Kursus Persediaan di Institut Teknologi MARA. Sesudah itu dia melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Setamatnya daripada latihan di maktab perguruan, dia mengajar di sebuah sekolah menengah di Perlis. Beberapa tahun kemudian dia mengajar di Kelang. Dia mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) secara persendirian dan berjaya menyambung pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu. | SASTERA | Tokoh |
MAKHLUF, HUSNAYN MUHAMMAD | Makhluf, Husnayn Muhammad (1307 H.– 1410 H./1890 M.–1990 M.) ialah kadi dan juga mufti Republik Arab Mesir. Dia lahir di Kaherah dan belajar di Universiti al-Azhar ketika berusia 11 tahun di samping menghafaz al-Qur’an. Dia memperoleh sijil tinggi daripada Madrasah al- Qada’ al-Shar‘iy (Institut Perundangan Syara‘) pada tahun 1914. | UMUM | |
RUKIAH ABU BAKAR | RUKIAH ABU BAKAR (1939 – ), penulis. Dia lahir pada 23 November 1939, di Rengit, Batu Pahat, Johor. Dia pernah menggunakan nama samaran Yahmila. Dia mendapat pendidikan awal hingga Darjah Enam di Sekolah Melayu Rengit, Batu Pahat (1949 – 1953). Setelah menamatkan pelajarannya, Rukiah menjadi guru pelatih dan ebrtugas di Sekolah Melayu Mawar, Sungai Tongkang, Rengit (1954 – 1958). Rukiah juga pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Sinaran, Tampok, Benut, Pontian. Di samping mengajar, Rukiah berkesempatan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (1967) dan Sijil Tinggi Persekolahan. | SASTERA | Tokoh |