Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.kap] | سيکڤ

Definisi : 1. = ~ tubuh bentuk tubuh, potongan badan, tokoh: dgn takjubnya ia melihat rupa orang muda itu, terlalu amat baik parasnya dan ~nya; 2. gaya berdiri (bergerak, berpakai, dll): hebat ~ lakunya; 3. perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (fikiran dll): dlm hatinya, dia mengutuk ~nya yg kurang adil itu; ~ wanita Pakistan ter­hadap perancangan keluarga telah berubah; bersikap 1. berdiri tegak; 2. berpegang pd pendapat (pendirian dll), berkelakuan, ber­lagak: dia tidak sanggup melihat suaminya ~ begitu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kap] | سيکڤ

Definisi : ®sigap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kap] | سيکڤ

Definisi : ; ~ malam = burung (lang) ~ sj burung helang, Acupititer virgatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.kap] | سيکڤ

Definisi : 1 = ~ tubuh bentuk atau tokoh tubuh: ~nya tegap. 2 cara atau gaya se­seorang bergerak dll: Dia tersenyum melihat ~ anaknya menangkis pukulan itu. 3 perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (keyakin­an dll): Bagaimana ~ mereka terhadap Ketua Pengarah ini? bersikap mempunyai sikap; berpegang pd sesuatu pendapat atau pandangan: Dia ~ acuh tak acuh apabila ditegur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sikap (kata nama)
1. Bersinonim dengan pandangan: pendapat, sifat, resmi, resam,

2. Bersinonim dengan gaya: lagak, gerak-geri, rupa, tingkah laku, perangai, takah, aksi,

Kata Terbitan : bersikap,

Puisi
 

Abang Abu duduk bermenung,
     Mari berjalan Kampung Tembirat;
Hendak mengikat ekor burung,
     Ambillah tali pakai pengikat.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bagai kilat senja,
     bagai petir tunggal.

Bermaksud :

Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG SIKAP MALAM

Burung sikap malam banyak menyerupai

whippoorwill, yang ada hubungan dengannya.

Burung ini bukan burung helang. Burung sikap

malam kira-kira 25 sentimeter panjang, dan warna

bulunya bercampur-campur coklat, hitam, dan

putih, dan bertompok putih pada lehernya.

UMUM 
SEMANGAT

Semangat merupakan sikap atau pandangan

umum seseorang individu atau sesuatu kumpulan

terhadap situasi tertentu. Ia mempengaruhi dan

dipengaruhi oleh faktor seperti sikap optimistik,

keyakinan, dan keazaman. Semangat boleh

mempengaruhi kesejahteraan dan prestasi, dan

berkaitan rapat dengan apa yang dikenali sebagai

semangat kekitaan . Apabila semangat ‘tinggi’, rasa

keyakinan seseorang individu atau kumpulan

biasanya bagus, dan menghasilkan prestasi tinggi.

Apabila semangat ‘rendah’, prestasi biasanya turut

rendah.

UMUM 
BAJU SIKAP

BAJU SIKAP, sejenis baju pendek pakaian lelaki, berbelah di hadapan dengan pelbagai potongan. Baju ini merupakan pakaian tradisional orang Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia hingga tahun 1880-an. Di sesetengah tempat, baju ini disebut sebagai baju mengan, baju putera raja dan bermacam-macam lagi.

BUDAYAPakaian
KONSERVATISME

Konservatisme ialah sikap atau falsafah

yang amat mengutamakan tradisi. Golongan

konservatif ingin memelihara institusi, nilai, dan

idea tradisional, dan mereka menjadikannya

sebagai pegangan dan panduan untuk mencapai

kebijaksanaan dan kebaikan.

UMUM 
ETIKA PROTESTAN

Etika Protestan ialah himpunan sikap yang

menekankan nilai moral kerja, disiplin diri

dan tanggungjawab diri.

UMUM 
TINJAUAN PENDAPAT UMUM

Tinjauan pendapat umum ialah satu kajian

untuk mendapatkan sikap, kepercayaan, atau

pendapat sebilangan besar orang ramai. Populasi

yang diliputi mungkin termasuk jutaan individu

tetapi sebenarnya hanya sebilangan kecil daripada

mereka sahaja yang disoal. Jika mereka telah dipilih

dengan berhati-hati, pendapat mereka biasanya

mencerminkan pendapat keseluruhan kumpulan

dengan tepat.

UMUM 
RENOIR, JEAN

Renoir, Jean (1894–1979) ialah pengarah filem

Perancis. Filemnya banyak mendedahkan

kelemahan manusia dan mencemuh sikap

masyarakat. Bagaimanapun, filemnya juga

menunjukkan belas kasihan terhadap manusia dan

kegagalan mereka. Renoir telah mengarah 36

buah filem termasuk dua buah filem yang paling

digemari ramai. Satu daripadanya, The Grand

Illusion (1937) mengkritik kesia-siaan perang dan

The Rules of the Game (1939) menyindir

perhubungan di kalangan orang kelas atasan pada

sebuah parti hujung minggu.

UMUM 
SPENDER, SIR STEPHEN

Spender, Sir Stephen (1909–1995) ialah pemuisi

British. Puisi-puisinya yang terkenal menggabungkan

unsur romantik tradisional dengan subjek serta sikap

yang benar-benar moden. Dengan itu, dalam sebuah

kereta api ekspres pun dia mendapati kewujudan

jenis keindahan yang penyair romantik awal temui

pada air terjun dan matahari terbenam.

UMUM 
RASISME

Rasisme ialah kepercayaan bahawa manusia

boleh dibahagikan menurut ras dan anggota,

sesetengah ras berkedudukan lebih rendah

daripada anggota ras yang lain. Biasanya sikap ini

melibatkan kepercayaan bahawa ras sendiri adalah

lebih mulia daripada ras lain. Orang yang percaya

atau mengamalkan rasisme dikenali sebagai

penganut faham rasisme atau rasis. Rasis

mendakwa bahawa anggota ras mereka sendiri

adalah lebih baik dari segi mental, fizikal, moral

atau kebudayaan berbanding dengan ras lain. Oleh

sebab mereka mengandaikan bahawa mereka

adalah lebih baik, mereka percaya bahawa mereka

berhak mendapat hak istimewa.

UMUM 
LESSING, DORIS

Lessing, Doris (1919– ), penulis wanita

Inggeris yang terkenal dengan karya novel. Karya

cerekanya memaparkan penekanan yang begitu

mendalam terhadap moral, politik dan sikap

psikologi dan juga peranan wanita pada zaman

moden.

UMUM 
1234

Kembali ke atas