ADI GRANTH | Adi Granth, yang bermakna Kitab Asal, ialah kitab suci kaum Sikh. Kaum Sikh ialah pengikut ajaran Sikhisme, salah satu agama di India. Adi Granth ialah suatu koleksi lebih daripada 6000 gita puja. | UMUM | |
SIKHISME | Sikhisme ialah salah satu agama di India. Penganutnya menggelarkan diri mereka Sikh, yang bermaksud pengikut. Orang Sikh mengikuti ajaran 10 guru (guru kerohanian). Kitab suci orang Sikh, Guru Granth Sahib (Kitab Yang Dihormati) atau Adi Granth (Buku Pertama), mengandungi ajaran beberapa orang guru Sikh yang lain. Kira-kira 14 juta orang Sikh tinggal di India, iaitu sebahagian besar daripada mereka tinggal di bahagian utara Punjab. | UMUM | |
AGAMA SIKH | Agama Sikh, antara agama yang baru muncul. Ia diasaskan sekitar abad ke-15 di India oleh Guru Nanak. Guru Nanak dilahirkan pada tahun 1469 di wilayah Punjab, utara India. | AGAMA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
NANAK | Nanak (1469–1539) ialah guru pertama dalam taifah agama di India yang dikenal sebagai Sikh. Dia lahir di kampung Talwandi, yang kemudiannya diberi nama Nankana, di barat Lahore (kini Pakistan ). Kisah hidupnya telah dikumpul oleh penganut Sikh dalam buku-buku yang dikenali sebagai janamsakhi. | UMUM | |
AMRITSAR | Amritsar (pend. 709 456) ialah bandar di Punjab, negeri di utara India. Untuk mengetahui kedudukannya, lihat India (peta politik). Orang Sikh, yang mengamalkan agama Sikhisme India, menghormati Amritsar sebagai sebuah bandar suci. Kebanyakan penduduk Amritsar orang beragama Hindu, tetapi sebahagian besar orang Sikh juga tinggal di bandar ini. Kawasan luar bandar di sekitarnya pula didominasi oleh petani Sikh. | UMUM | |