Siklotron ialah mesin yang memecut zarah
atom bercas elektrik kepada tenaga tinggi. Ia
adalah sejenis pemecut zarah yang menjadikan
zarah bergerak berkeliling. Siklotron memecut
zarah yang berbeza-beza jisimnya daripada
proton hingga kepada nukleus berat. Kebanyakan
zarah mencapai tenaga dari 10 juta hingga 50 juta
elektron volt. Malah, beberapa zarah mencapai
tenaga yang lebih tinggi.
Sinkro-siklotron ialah alat yang memecut
proton atau zarah nukleus yang lebih berat
kepada tenaga tinggi. Ahli fizik menggunakan
pemecut zarah jenis ini, terutamanya untuk
mengkaji nukleus atom.