OAK HIDUP | Oak hidup ialah oak malar hijau yang cantik yang tumbuh di sepanjang pantai tenggara di Amerika Syarikat. Pokok ini tumbuh setinggi kira-kira 15 meter. Dahannya yang mendatar membentuk silara yang merendang, rimbun. Daunnya yang berwarna gelap, berkilat dan lonjong mungkin lima sentimeter hingga 13 sentimeter panjangnya. Oak hidup adalah pokok kegemaran bagi laman dan tepi jalan kerana ia tahan terhadap kerosakan akibat ribut, serangga dan penyakit. Kayunya kuat dan digunakan untuk membuat kapal. Pengelasan saintifik. Oak hidup adalah anggota famili bic, Fagaceae. Ia adalah Quercus virginiana. Lihat juga Oak; Pokok. | UMUM | |
POKOK BERINGIN | Pokok beringin ialah sejenis pokok ara yang tumbuh di India dan negara-negara jiran. Satu pokok beringin mempunyai banyak batang dan boleh kelihatan seperti hutan kecil. Pokok ini tumbuh dengan pelik. Burung menggugurkan biji beringin ke atas dahan teratas pokok palma dan pokok-pokok lain. Biji ini bercambah di atas silara pokok dan dahan pun tumbuh. Akhirnya, dahan mengeluarkan akar yang mencecah tanah. Topang ini kemudiannya membesar menjadi batang dan tumbuh dahan baru. Lama-kelamaan, pokok beringin membunuh pokok topang dengan menjerutnya. | UMUM | |
SYCAMORE | Sycamore ialah sejenis pokok mapel yang berasal dari tengah dan tenggara Eropah. Ia ditanam dengan meluas di bahagian-bahagian lain di dunia. Pokok ini hidup subur dalam iklim yang sejuk, lembap, biasanya di antara pokok-pokok lain. Walaupun sycamore lebih subur di tanah yang dalam, tersalir dengan baik tetapi ia boleh tahan terhadap kebanyakan keadaan, sekalipun tempias air laut. Sycamore tumbuh sehingga melebihi 60 meter tingginya. Pokok yang matang mempunyai silara berbentuk bulat. | UMUM | |