Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.li.ka] | سيليکا

Definisi : (Geo) bahan yg terdapat dlm pasir, batu api, kuarza, dsb, dan digunakan utk membuat kaca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.li.ka] | سيليکا

Definisi : ist sebatian berhablur berwarna putih atau tidak berwarna yg wujud dlm bentuk pasir, kuarza dll. bersilika terdapat silika di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silika


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SILIKA

Silika ialah silikon dioksida, iaitu sebatian kimia

yang terdiri daripada silikon dan oksigen. Formula

kimianya ialah SiO². Silika wujud banyak dalam

mineral pembentuk batu-batu yang dikenali sebagai

silikat, yang membentuk sebahagian besar daripada

kerak bumi dan mantel (lihat Bumi [Bahagian luar dan

bahagian dalam bumi]). Silikat seperti amfibol,

feldspar, mika, dan piroksen terdiri daripada silika

yang berpadu dengan pelbagai unsur kimia. Kuarza

dan beberapa mineral lain terdiri daripada

keseluruhannya silika.

UMUM 
SILIKOSIS

Silikosis ialah penyakit paru-paru yang dialami

oleh seseorang apabila seseorang itu tersedut

habuk silika berhablur. Pendedahan pada habuk

silika – yang menyebabkan seseorang itu terdedah

kepada penyakit silikosis – banyak berlaku

terutamanya di kalangan pekerja faundri besi dan

keluli, pekerja peletup pasir, penggerudi batuan,

pelombong, dan pekerja yang menghasilkan

barang-barang tembikar, kaca, dan pelelas.

UMUM 
EKOR KUDA

Ekor kuda ialah tumbuhan yang mempunyai batang

berongga, bersendi dan biasanya berlekuk.

Batangnya mengandungi silika iaitu bahan

pelelas (lihat Silika). Ekor kuda kadangkala

dikenali sebagai rush penyental kerana ia

pernah digunakan untuk menggilapkan logam.

UMUM 
SILIMANIT

Silimanit ialah bahan luar biasa yang tergolong

dalam kumpulan besar mineral yang dikenali

sebagai silikat (lihat Silika). Formula kimianya ialah

Al2SiO5. Silimanit kadangkala dikenali sebagai

fibrolit. Ia berwarna perang, hijau pucat, atau putih

dan mempunyai kilauan bak kaca. Silimanit wujud di

Eropah Tengah, Brazil, dan Amerika Syarikat.

Silimanit dinamakan sempena nama ahli sains

Amerika, Benjamin Silliman (lihat Silliman,

Benjamin).

UMUM 
TANAH FULLER

Tanah fuller ialah bahan seperti tanah liat yang

meluntur dan membersihkan lemak dan minyak. Ia

mengandungi 50 peratus hingga 80 peratus silika.

Pelunturan dan pembersihan berlaku apabila zarah

dari tanah fuller menghilangkan asfalt dan damar

daripada bahan berlemak atau berminyak. Zarah

tersebut melakukannya dengan menyerap (mengutip

dan mengumpulkan) asfalt dan damar tersebut (lihat

Penyerapan dan penjerapan ).

UMUM 
SILIKON

Silikon ialah unsur kimia dengan simbol Si. Ia

adalah bukan logam yang keras, berwarna kelabu

tua. Silikon membentuk kira-kira 28 peratus daripada

kerak bumi dan ia adalah unsur yang kedua paling

banyak selepas oksigen. Silikon hanya wujud

berpadu dengan unsur-unsur lain, terutamanya

dengan oksigen sebagai silikon dioksida. Sebatian

ini, yang dikenali sebagai silika, ialah bahan utama

pasir. Silika juga adalah bahan utama pelbagai

mineral yang membentuk batu-batu. Mineral ini

termasuk feldspar, piroksen, dan kuarza. Lava dari

gunung berapi, terdiri daripada kebanyakannya

silikon dioksida lebur.

UMUM 
AIR MINERAL

 Air mineral yang juga dikenali air terudara atau

air galian ialah mata air yang mengandungi jirim

mineral atau gas yang tinggi. Jirim mineral

termasuk garam, garam Epsom, kapur, magnesia,

besi, silika, boron, fluorin, dan banyak lagi jirim

lain, termasuk juga bahan radioaktif.

UMUM 
SANGA

Sanga ialah bahan bukan logam-logam yang

dikeluarkan semasa proses membuat besi

jongkong, melebur tembaga, plumbum, dan logam-

logam lain. Sanga dari relau bagas keluli

mengandungi sulfur dan silikat kalsium,

magnesium, dan aluminium. Sanga dari relau

tembaga dan relau melebur plumbum

mengandungi besi silikat, dan oksida logam lain

dalam kuantiti yang kecil. Sanga dari relau keluli

mengandungi kapur, besi oksida, dan silika.

Biasanya, bahan ini dilebur sekali lagi untuk

mendapatkan besi. Sanga kadangkala digunakan

untuk membuat simen dan jalan raya.

UMUM 
KAYU BATU

Kayu batu, ialah batang pokok yang telah bertukar menjadi batu. Kayu batu terhasil apabila berlakunya proses petrifikasi, iaitu sel-sel kayu dan rongga seni kayu diserapi dan ditukar ganti oleh bahan mineral sekeliling, lazimnya oleh silika. 

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas

Kembali ke atas