Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.bo.lis.me] | سيمبوليسمى

Definisi : 1. penggunaan simbol (lambang) utk melahirkan atau menyampaikan sesuatu; 2. simbol(-simbol) atau lambang(-lambang) utk melahirkan sesuatu: seperkara yg begitu menonjol dlm tiga buah sajaknya yg lain ialah unsur ~, meskipun lambang-lambang yg diterapkan bukanlah baru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata simbolisme


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIMBOLISME

Simbolisme ialah gerakan kesusasteraan yang

dimulakan oleh sekumpulan penyair Perancis

antara tahun 1885 hingga tahun 1895. Gerakan ini

dipimpin oleh Stéphane Mallarmé, tetapi puisi

Paul Verlaine yang ditiru secara yang lebih

meluas. Ahli-ahli teori simbolisme yang utama

termasuk Réné Ghil, Gustave Kahn, Jean Moreás,

dan Charles Morice. Gaya simbolisme menjadi

ikutan banyak penyair Eropah pada awal tahun

1900-an.

UMUM 
SHEPARD, SAM

Shepard, Sam (1943– ), penulis drama dan

pelakon filem Amerika. Dramanya yang terkenal

menggambarkan masyarakat Amerika sebagai

mati, merosot, atau mengalami kemusnahan.

Kebanyakan karya Shepard menggabungkan

simbolisme dan amalan dengan unsur kebudayaan

popular, seperti Wild West, muzik rock, cerita

detektif, dan pawagam. Shepard berlakon dalam

beberapa buah filem, termasuklah Days of Heaven

(1978), Frances (1982), The Right Stuff (1983), dan

Country (1984).

UMUM 
MELVILLE, HERMAN

Melville, Herman (1819–1891), salah seorang

pengarang utama Amerika. Dia mengarang Moby-

Dick , salah sebuah novel agung dalam

kesusasteraan, dan reputasi Melville, terletak pada

buku ini. Walau bagaimanapun, banyak karyanya

yang lain merupakan ciptaan kesusasteraan yang

sangat tinggi mutunya berupa campuran fakta,

fiksyen, pengembaraan, dan simbolisme halus.

Pengalaman peribadi Melville yang luas di tempat

yang jauh, sangat istimewa malahan dalam dunia

lepas bebas dan juga penjelajahan dunia tahun

1800-an. Melville memasukkan ke dalam

pengembaraan yang luar biasa itu, gambaran hidup

dan skeptisisme yang penuh falsafah di samping

kemahiran yang luar biasadalam menggunakan

bahasa Inggeris Amerika.

UMUM 
POE, EDGAR ALLAN

Poe, Edgar Allan (1809–1849) adalah salah

seorang penyair Amerika yang terkemuka. Dia juga

adalah penulis cerita pendek dan pengkritik

kesusasteraan. “The Raven” adalah antara sajaknya

yang terkenal di dalam kesusasteraan Amerika dan

sebagai contoh karya yang menghantui kualiti

kebanyakan hasil kerja Poe. Melalui The Murders

in the Rue Morgue dan cerita-cerita pendek lain,

Poe menjadi pengasas kepada cerita misteri dan

detektif fiksyen. The Fall of the House of Usher , The

Masque of the Red Death dan cerita-cerita lain

menjadikan dia pelopor kepada simbolisme,

impresionisme dan seorang yang mempunyai cara

yang tersendiri dalam kesusasteraan moden. The

Poetic Principle, The Marginalia dan ulasannya

mengandungi prinsip-prinsip penting dalam

kritikan kesusasteraan yang mana bersama-sama

dengan puisi dan fiksyennya, ia dapat

mempengaruhi penulis-penulis selepasnya.

UMUM 

Kembali ke atas