SIMPAN KIRA | Simpan kira ialah proses sistematik untuk menganalisis, merekod, dan meringkaskan urus niaga ekonomi bagi perniagaan atau organisasi lain selama tempoh yang tertentu. Organisasi dan individu menggunakan simpan kira kerana ia memberi maklumat yang teratur dan tepat tentang urus niaga kewangan. Ia memberi gambaran tentang kedudukan kewangan, dan merekod perubahan keuntungan atau kerugian yang berlaku. | UMUM | |
HUTAN SIMPAN | Hutan simpan, hutan yang diwartakan untuk mengelakkan kawasan itu daripada diceroboh dan dieksploitasi oleh manusia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
KILANG | Kilang ialah bangunan atau sekumpulan bangunan tempat keluaran dibuat. Kilang berbeza-beza saiznya, daripada tempat simpan kereta di rumah hingga kepada bangunan yang meliputi seluruh blok bandar raya. | UMUM | |
LEMBAH DANUM | Lembah Danum, hutan simpan Kerajaan Negeri Sabah yang dilindungi daripada kegiatan pembalakan, dan menjadi habitat semula jadi bagi badak sumbu serta haiwan liar. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MUIR, JOHN | Muir, John (1838–1914), penjelajah Amerika, ahli alamiah, dan penulis, berkempen bagi pemuliharaan tanah, air dan hutan di Amerika Syarikat. Usahanya mempengaruhi Kongres untuk meluluskan rang draf undang-undang Taman Negara Yosemite pada tahun 1890, menubuhkan Taman Negara Yosemite dan Sequoia. Muir membantu memujuk Presiden Theodore Roosevelt untuk menyediakan kawasan seluas 59 900 000 hektar untuk hutan simpan. Hutan redwood dekat San Francisco dinamakan Muir Woods pada tahun 1908 sebagai menghargai jasanya. | UMUM | |
PULAU FRASER | Pulau Fraser juga dikenali sebagai Pulau Great Candy ialah pulau berpasir yang paling besar di dunia. Ia terbentang di sepanjang Teluk Hervey, di sebelah pantai tenggara Queensland, Australia, dan menjadi pelindung kepada pintu masuk pelabuhan Maryborough. Keluasan pulau ini lebih kurang 1550 kilometer persegi. Ia mempunyai banyak tasik air tawar. Tasik yang paling luas ialah Tasik Boemingen. Keluasannya lebih daripada 200 hektar. Sebahagian pulau ini merupakan hutan simpan yang mengandungi kira-kira 26 300 hektar hutan komersial. | UMUM | |
TAMAN NEGARA YELLOWSTONE | Taman Negara Yellowstone di Wyoming, Amerika Syarikat ialah taman negara yang tertua di dunia. Taman ini terkenal kerana terdapat banyak keajaiban semula jadinya. Taman ini mempunyai lebih banyak geiser dan kolam air panas daripada mana-mana tempat di dunia. Antara tarikan pemandangan yang menakjubkan di Yellowstone ialah ngarai yang dalam, air terjun yang menderam, tasik yang berkilauan, dan kawasan rimba yang sentiasa menghijau, saujana mata memandang, yang diselang-seli dengan padang rumput yang luas. Taman ini meliputi kawasan seluas 900 000 hektar. Yellowstone juga ialah hutan simpan hidupan yang terbesar di Amerika Syarikat. Beruang, rusa, dan kerbau liar, bebas merayau-rayau di taman itu, helang botak, angsa, dan burung undan putih bersarang di sana. | UMUM | |