KAMUS SIMPULAN BAHASA | KAMUS SIMPULAN BAHASA, kamus yang disusun oleh Abdullah Hussain dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1966. Kamus ini diterbitkan semula sebagai edisi kedua pada tahun 1992 dengan dua pembaikan, iaitu menggunakan sistem ejaan baru yang disempurnakan dan dibuat pengemaskinian, lebih-lebih lagi daripada bahasa Melayu Brunei yang mengambil kira pengalaman penyusunan selepas bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada masa itu. | BAHASA | Penerbitan |
PERIBAHASA | PERIBAHASA, frasa dan ayat yang mempunyai susunan yang tepat dan mengandungi makna khusus. Peribahasa merupakan istilah umum kepada jenis-jenis yang dikenal sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan perbilangan. Peribahasa digolongkan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan.
| SASTERA | Konsep |
SIMPULAN BAHASA | rangkai kata yang tersimpul dalam susunan kata yang ringkas lagi padat, dan mempunyai makna yang berbeza daripada makna asal kata yang tersusun itu. | BAHASA | Konsep |
KAMUS LENGKAP PERIBAHASA UTUSAN | KAMUS LENGKAP PERIBAHASA UTUSAN, kamus yang dihasilkan oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. dan diterbitkan oleh Utusan Malaysia Publications and Distributors, Kuala Lumpur pada tahun 1993. Buku setebal 477 halaman dan berukuran 11 cm x 8 cm ini merupakan koleksi peribahasa Melayu yang terkini dan terbaik sejak Kamus Istimewa Peribahasa (1963) dan Kamus Simpulan Bahasa (1974). Inilah dokumentasi peribahasa Melayu 30 tahun selepas merdeka. Kamus Peribahasa Lengkap Utusan (KPLU) ini mempunyai enam kelebihan berbanding dengan koleksi peribahasa yang terdahulu. | BAHASA | Penerbitan |