SIN CHEW JIT POH | tokoh | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TAN SIEW SIN, TUN | Ahli politik dan Pesiden pasti Malayan Chinese Association (1961-1974). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SIN, JAIME CARDINAL | Sin, Jaime Cardinal (1928–2005) ialah ketua biskop Roman Katolik di Manila. Dia membuat sumbangan yang berkekalan dalam sejarah Filipina. Dia menggalakkan rakyat mengambil bahagian dalam revolusi pada bulan Februari tahun 1986, yang menjatuhkan Presiden Ferdinand Marcos dan mengembalikan demokrasi di Filipina. Lihat juga Filipina, Sejarah. | UMUM | |
NANYANG SIANG PAU | Nanyang Siang Pau, akhbar berbahasa Cina yang utama di Malaysia, selain Sin Chew Jit Poh. Akhbar ini telah wujud sejak lebih 80 tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
BINTANG TIMOR | BINTANG TIMOR, akhbar yang diusahakan oleh jemaah anak Cina Kristian Singapura yang rata-rata dianggotai oleh golongan Cina Peranakan, diterbitkan pada 2 Julai 1894. Pengurus penerbitan akhbar ini ialah Tan Boon Chin dan Soong Seck Kum. Song Seck Kum merupakan pemilik Sin Yew Hean Press. Sejak mula diterbitkan hingga bulan Mac 1895, akhbar ini merupakan edaran harian. Namun disebabkan kurang sambutan, akhbar ini kemudiannya diterbitkan tiga kali seminggu dan sejak 2 April 1895 hingga terbitan terakhirnya pada 2 Julai 1895, akhbar ini diterbitkan dua kali seminggu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kitab |