Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.na.ran] | سينرن

Definisi : 1. sinar; 2. (Fiz) pancaran dan rambatan gelombang, spt cahaya atau bunyi, yg menghantar tenaga melalui ruang atau medium lain; ~ elektromagnet rambatan tenaga yg dihasilkan oleh getaran medan elektrik dan medan magnet, mis gelombang radio dan X-ray; 3. (Fiz) aliran zarah, spt zarah alfa, beta, gama, elektron dan neutron; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.na.ran] | سينرن

Definisi : pancaran cahaya atau pancaran sesuatu yg berkilau: ~ matahari. ~ alfa ist sinar bercas positif, yg mempunyai kuasa tembus yg rendah. ~ beta ist sinar bercas negatif, yg mempunyai kuasa tembus yg sederhana. ~ gama ist sinar yg mempunyai kuasa tembus yg paling tinggi berbanding sinar alfa dan sinar beta. ~ katod ist sinar elektron yg keluar dr katod dlm tiub vakum (digunakan dlm radar, televisyen dsb). ~ kosmos ist sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sinar
Kata Terbitan : sinaran, bersinar, menyinar, bersinar-sinar, menyinari, menyinarkan, penyinaran,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENAGA SURIA

Tenaga suria ialah tenaga yang dikeluarkan

oleh matahari. Ia terdiri daripada cahaya, haba,

dan bentuk sinaran elektromagnet lain (lihat

Sinaran ( Sinaran elektromagnet)). Tenaga suria

dihasilkan oleh tindak balas nuklear yang berlaku

di dalam matahari.

UMUM 
SINARAN

Sinaran ialah tenaga yang dibebaskan dalam

bentuk gelombang atau zarah jirim yang kecil.

Sinaran terdapat di seluruh alam semesta dan

wujud dalam banyak bentuk. Kebanyakan orang

pernah mendengar tentang sinar-x, sinar gama

dan sinaran daripada reaktor nuklear. Jenis

sinaran ini sering dianggap sebagai bahaya

terhadap kesihatan, walaupun sinar-x dan sinar

gama juga mempunyai kegunaan yang bernilai

dalam perubatan. Tetapi, terdapat banyak bentuk

sinaran yang lain.

UMUM 
PENYAKIT SINARAN UMUM 
SAUDARA SINARAN BERHAD

SAUDARA SINARAN BERHAD, penerbit dan pencetak yang ditubuhkan pada tahun 1952.  Saudara Sinaran Berhad (SSB) pada mulanya dikenal sebagai Sinaran Brothers.  Penerbit ini terletak di Kampung Seronok,  Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada tahun 1959, ia telah membeli sebuah percetakan di Lebuh Ah Queen, di pinggir bandar Georgetown.  SSB diusahakan oleh Mansor Sanusi dan Jaldin Sanusi.

SASTERAInstitusi/Organisasi
SINAR GAMA

Sinar gama ialah satu bentuk sinaran

elektromagnet yang sama dengan sinar-x. Sinar

gama mempunyai tenaga yang lebih tinggi dan

jarak gelombang yang lebih pendek daripada

sinar-x. Walau bagaimanapun, garis pemisah antara

kedua-dua bentuk sinaran ini tidak tertakrif dengan

jelas. Ahli sains biasanya menggunakan istilah sinar

gama bagi sinaran elektromagnet yang mempunyai

tenaga beberapa ratus ribu elektronvolt. Satu

elektronvolt ialah amaun tenaga yang diperlukan

untuk menggerakkan elektron di antara dua titik

beza keupayaan 1 volt (lihat Volt).

UMUM 
SINAR KATOD

Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh

nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif

(katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar

ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan

elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga

elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor

berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila

terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan

ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang

jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub

apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar

ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti

televisyen, paparan radar dan banyak alat

saintifik.

UMUM 
PULSAR

Pulsar ialah objek di angkasa yang menghantar

letusan sinaran elektromagnet secara tetap,

terutamanya dalam bentuk gelombang radio.

Pulsar mendapat namanya daripada dedenyut yang

dipancarkan secara tetap ini.

UMUM 
PENGESAN GEIGER-MULLERAlat yang digunakan untuk mengesan dan mengukur keamatan zarah dan sinaran pengion radioaktif.FIZIKAlat/Alatan
TERMOSFERA

Termosfera ialah lapisan paling atas di

atmosfera bumi. Ia bermula pada altitud lebih

kurang 85 kilometer dan berterusan hingga 480

kilometer di ruang angkasa. Termosfera

mengandungi hanya sebahagian kecil gas yang

terdapat di atmosfera. Oleh sebab itu, tekanan

atmosfera di termosfera bawah adalah satu juta kali

lebih rendah daripada tekanan di aras laut.

Termosfera terdedah sepenuhnya kepada

sinaran matahari. Sinaran ini memanaskan

atmosfera tipis di termosfera ke tahap suhu yang

tinggi. Suhu meningkat dengan cepat daripada

–93 ° C pada altitud 89 kilometer hingga melebihi

1500 ° C di thermopause , iaitu bahagian atas

termosfera.

UMUM 
MIOPIA

Miopia juga dikenali sebagai rabun jauh ialah

kecacatan penglihatan yang menyebabkan

penglihatan objek jauh yang kabur. Biasanya

penglihatan objek dekat masih jelas, kecuali untuk

kes-kes miopia yang keterlaluan. Bagi pembentukan

imej, sinaran cahaya yang dipantulkan atau

dipancarkan oleh sesuatu objek mesti bertemu di

retina. Retina ialah tisu peka cahaya yang terdapat di

belakang dan di sisi biji mata. Bagi kebanyakan

orang yang miopia, biji mata lebih panjang daripada

normal dari hadapan ke belakang. Akibatnya,

sinaran cahaya dari objek yang jauh bertemu di

depan retina. Apabila sinaran mengenai retina, imej

yang terbentuk adalah kabur.

UMUM 
1234

Kembali ke atas