Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sin.drom] | سيندروم

Definisi : kumpulan gejala atau tanda-tanda yg menunjukkan terdapatnya sesuatu penyakit atau keadaan tertentu (spt sesuatu keburukan, masalah, dll): tiga kes ~ kekurangan daya tahan penyakit dilaporkan sehingga akhir bulan Mac ini; Menteri Pendidikan telah bercakap tentang ~ malas membaca di ka­langan golongan profesional; ~ Down (Ubat) kecacatan sejak lahir yg dicirikan oleh kepala dan muka yg lebar, mata yg sepet, hidung yg kemek, tangan dan kaki yg pendek dan daya berfikir yg lembap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sin.drom] | سيندروم

Definisi : kumpulan tanda atau gejala yg menunjukkan terdapatnya sesuatu keadaan atau penyakit (spt sesuatu keburukan, masalah) yg dicirikan oleh tanda-tanda tertentu: Guru Besar bercakap ttg ~ malas membaca di kalangan para pelajar. Terdapat kes ~ kurang daya tahan penyakit yg dilaporkan di kawasan itu. ~ Down kecacatan sejak lahir yg disebabkan oleh kerosakan pd kromosom, yg dicirikan oleh daya berfikir yg lembap dan keadaan fizikal yg tidak normal (spt kepala dan muka yg lebar, mata yg sepet, hidung yg kemik, serta tangan dan kaki yg pendek). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sindrom


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINDROM MARFAN

Sindrom marfan ialah kerosakan yang

bercirikan keabnormalan rangka, mata, dan jantung.

Sindrom marfan disebabkan oleh kecacatan genetik

yang dikatakan menjejaskan pertumbuhan

sesetengah tisu perantara tubuh. Mereka yang

menghidapi sindrom marfan biasanya meninggal

dunia sebelum berusia 50 tahun, yang selalunya

diakibatkan oleh komplikasi jantung.

UMUM 
SINDROM LESCH-NYHAN

Sindrom Lesch-Nyhan ialah sejenis penyakit

keturunan yang jarang ditemui dan boleh

mengakibatkan rencatan mental. Sindrom ini

berpunca daripada kekurangan hipoksanthinaguanina

fosforibosil transferas, sejenis enzim yang

terdapat dalam semua sel badan. Enzim ini biasanya

terdapat pada paras kandungan yang tinggi di

dalam bahagian basal ganglia otak. Basal ganglia ini

membantu mengawal pergerakan badan yang tidak

disedari. Selain terencat mental, gejala sindrom ini

juga merangkumi pergerakan yang tidak terkawal

serta kecenderungan mencederakan diri sendiri.

UMUM 
SINDROM TOURETTE

Sindrom Tourette ialah gangguan yang diwarisi

dan ditandai oleh penyebutan dan pergerakan

tubuh yang tidak terkawal. Sindrom ini lebih banyak

menyerang orang lelaki daripada orang perempuan.

Gangguan ini dinamakan sempena nama Georges

Gilles de la Tourette, iaitu doktor Perancis yang

memerikan gejala ini pada tahun 1885.

UMUM 
SINDROM PRAHAID (SPH)

Sindrom prahaid (SPH) ialah keadaan yang

melibatkan ramai wanita, 3 hari hingga 10 hari

sebelum haid bermula. Sindrom ini mempunyai

pelbagai gejala, termasuk kegelisahan, kemurungan,

perubahan mood dengan tiba-tiba, mudah menangis,

berasa marah atau jengkel, sakit kepala, bengkak,

kesakitan payu dara, sembelit, berasa lapar, dan

kelesuan. Wanita yang diserang oleh SPH mungkin

mengalami beberapa gejala ini pada masa yang

sama, dan gejala ini mungkin sederhana atau teruk.

UMUM 
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI

Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu

penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa.

Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh

kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini

mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi

yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi

udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan

atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes,

akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara

penyebab utama kematian di kalangan bayi

pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini

menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang

dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan.

UMUM 
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT

Sindrom kematian bayi mengejut, juga

disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah

suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi

yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi

didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di

atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan,

walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji

keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di

kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi

mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab

utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah

memerhatikan kejadian yang membawa kepada

SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru,

tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang

malang ini tidak menangis atau meronta.

UMUM 
SINDROM SALURAN KARPAL

Sindrom saluran karpal ialah gangguan biasa

yang menyebabkan kesakitan, dan mengganggu

penggunaan tangan. Ia disebabkan oleh tekanan

pada saraf median apabila saraf ini melalui saluran

yang dibentuk oleh tulang dan ligamen pada

pergelangan tangan. Saluran ini dikenali sebagai

saluran karpal. Pelbagai keadaan boleh

menyebabkan saluran karpal menjadi sempit dan

memberi tekanan pada saraf median. Ini termasuk

kecederaan, seperti fraktur pergelangan tangan;

artritis yang menjadi teruk kerana bengkak tendon

dalam saluran karpal; kehamilan, yang boleh

menyebabkan sinovium (membran) di sekeliling

tendon menjadi tebal; dan ketaknormalan kelenjar,

seperti diabetes dan gangguan tiroid. Kerja yang

melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang

berulang-ulang juga boleh menyebabkan sindrom

saluran karpal.

UMUM 
SINDROM REYE

Sindrom Reye ialah sejenis penyakit yang

jarang-jarang berlaku, yang menyerang hati dan

sistem saraf pusat kanak-kanak. Dalam kes yang

berlarutan, penyakit ini boleh mengakibatkan

kerosakan otak atau kematian. Penyakit ini lazimnya

membunuh antara 10 peratus hingga 40 peratus

mangsanya.

UMUM 
SINDROM KORSAKOFF

Sindrom Korsakoff lihat Alkoholisme.

UMUM 
SINDROM DOWN

Sindrom Down, sebelum ini dikenali sebagai

Mongolisme, adalah satu gangguan yang wujud

semasa kelahiran. Keadaan ini dicirikan oleh

kecacatan mental dan ciri-ciri fizikal seperti bentuk

mata juling ke atas, hidung pipih, kepala kecil,

tangan pendek dan kontot. Tambahan pula, telinga

dan gigi adalah kecil dan berbentuk tidak normal.

UMUM 
12

Kembali ke atas