Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.gang] | سيڠݢ-ڠ

Definisi : 1. sj masakan (ikan, daging, dll) yg direbus dan digarami dll; 2. Mn panggang, salai; menyinggang Mn memanggang, menyalai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.gang] | سيڠݢ-ڠ

Definisi : sl memegang telinga dgn menyi­langkan tangan dan duduk bangun berulang-­ulang (sbg denda atau hukuman), ketuk ketampi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.gang] | سيڠݢ-ڠ

Definisi : masakan (ikan dll) yg direbus dan digarami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata singgang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINGGANG

SINGGANG, sejenis masakan rebusan daripada bahan-bahan seperti lengkuas, serai, bawang putih, asam keping dan kadang-kadang ditambah belacan, manisan dan cili belah.  Biasanya ikan digunakan sebagai bahan penting khususnya ikan tongkol atau ikan kayu, ikan tamban dan ikan kembung.  Daging juga boleh dibuat singgang seperti yang terdapat di Johor dan bahan-bahan yang digunakan termasuklah ketumbar, cili kering, halia, lada hitam dan bawang merah yang ditumbuk.  Singgang juga disebut sebagai pindang.

BUDAYAMakanan
MAKANAN REBUS

MAKANAN REBUS, makanan yang dimasak di dalam air yang mendidih, atau tanpa menggunakan minyak. Antara makanan yang direbus ialah lauk-pauk dan sayur-sayuran. Makanan lain ialah asam rebus, pindang, singgang, asam pedas, kuah laksa utara dan masak bening. Merebus boleh dilakukan di dalam periuk atau belanga.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas