DI SINI TIADA PERHENTIAN | DI SINI TIADA PERHENTIAN, kumpulan puisi karya Zurinah Hassan diterbitkan oleh Penerbitan Pewarna, Kuala Lumpur pada tahun 1977. Kumpulan setebal 43 halaman ini memuatkan 38 buah puisi yang dihasilkan oleh Zurinah sejak bulan April 1973 hingga bulan November 1976. | SASTERA | Karya |
MONTE CASSINO | Monte Cassino ialah biara di Itali terletak di antara Rom dan Naples. Di sini Saint Benedict menubuhkan mazhab Benedictine, Roman Katolik. Lebih kurang pada tahun 529 M., Saint Benedict lari daripada hukuman bunuh dan bersembunyi dalam bandar Cassino yang telah musnah. Kemudian Saint Benedict dan pengikutnya membina sebuah biara di tempat tinggi di bandar tersebut. Mazhab Benedictine di Monte Cassino mencapai kemuncak pengaruhnya dari tahun 1058 hingga tahun 1087. Rahib Desiderius, yang kemudian menjadi Pope Victor III memerintah Monte Cassino pada masa itu. Para rahib dan biarawan di Monte Cassino menghasilkan manuskrip dan lukisan yang terkenal di seluruh dunia. Pada tahun 1071, sebuah gereja baru telah ditahbiskan. Ia dinamakan katedral pada tahun 1321. | UMUM | |
KAWASAN TAYSIDE | Kawasan Tayside terletak di sebelah timur Scotland. Bandar terbesar ialah Dundee yang separuh penduduknya tinggal di sini. Dundee ialah kota industri tetapi sebahagian besar kawasan ini ialah kawasan luar bandar. | UMUM | |
MARYAM | Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s. Nama penuhnya ialah Maryam bint Imran ibn Mathan. Imran di sini bukanlah bapa kepada Nabi Musa a.s., kerana jarak antara kedua-duanya beratus-ratus tahun. Maryam ialah seorang wanita yang paling suci di dunia, kuat beribadat dan masih tetap dara. | UMUM | |
ALAMO | Alamo merupakan struktur bersejarah yang terletak di tengah-tengah San Antonio, Texas, Amerika Syarikat. Suatu pertempuran yang terkenal berlaku di sini pada bulan Mac 1836, semasa Perang Kemerdekaan Texas. | UMUM | |
MILOS | Milos, atau Melos ialah pulau Yunani di Laut Aegean. Ia terletak di pertengahan laluan antara Athens dan Crete (lihat Greece [peta]). Milos terkenal kerana di sini terletak patung dewi luar biasa Venus yang ditemui pada tahun 1820. Patung ini dikenali sebagai Aphrodite of Milos, atau Venus de Milo (lihat Venus de Milo). | UMUM | |
AUCKLAND | Auckland (pend. 855 571), berserta subbandarnya dan bandar satelitnya, ialah pusat penduduk yang terbesar di New Zealand. Lebih daripada suku penduduk negara ini tinggal di sini. Penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Auckland adalah 315 668 orang. Kawasan bandarnya berpusat di bandar Auckland . Ia juga termasuk bandar di sekeliling Takapuna, Teluk Pantai Timur (East Coast Bays) dan Birkenhead di utara; Waitemata dan Gunung Albert di barat; Manukau, Papakura, dan Papatoetoe di selatan; dan beberapa pekan lain. Kawasan pusat perniagaannya terletak di sekitar Queen Street di bandar Auckland. Iklim yang nyaman di Auckland, peluang perniagaan dan rekreasi, dan keindahan pemandangannya telah menarik kedatangan orang dari Kepulauan Pasifik, Eropah, dan bahagian- bahagian lain di New Zealand. | UMUM | |
DOHA | Doha merupakan ibu kota bagi negara Qatar. Bandar ini terletak di pertengahan pantai timur negara, iaitu di salah satu teluk Doha yang bulat. Dari sini berasalnya nama Doha. | UMUM | |
OLYMPIAD | Olympia ialah lembah yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Pirgos, Greece. Pada zaman purba, agama, politik, dan olahraga berpusat di Olympia. Sukan Olimpik dilangsungkan di sini setiap empat tahun sekali. Semua bangunan yang terdapat di Olympia dibina bagi tujuan pemujaan atau sukan. Bangunan keagamaan dibina berkelompok di Altis (dusun suci), yang terletak di tempat Sungai Cladeus mengalir ke dalam Sungai Alpheus. Bangunan ini termasuklah kuil Zeus dan Hera, Pelopion, Philippeion, dan altar besar. | UMUM | |
OLYMPIA | Olympia ialah lembah yang terletak kira-kira 18 kilometer dari Pirgos, Greece. Pada zaman purba, agama, politik, dan olahraga berpusat di Olympia. Sukan Olimpik dilangsungkan di sini setiap empat tahun sekali. Semua bangunan yang terdapat di Olympia dibina bagi tujuan pemujaan atau sukan. Bangunan keagamaan dibina berkelompok di Altis (dusun suci), yang terletak di tempat Sungai Cladeus mengalir ke dalam Sungai Alpheus. Bangunan ini termasuklah kuil Zeus dan Hera, Pelopion, Philippeion, dan altar besar. | UMUM | |