SINTAKSIS | Sintaksis ialah pemerian tentang cara kata disusun untuk membentuk ayat. Sintaksis memerikan tertib subjek dan kata kerja, kedudukan kata bantu dan objek, dan kaitan penerang dengan kata yang diterangkannya. Lihat Ayat. Tertib kata tidak sama dalam semua bahasa. Dalam bahasa Inggeris kita katakan “I gave Jim the ball”. Dalam bahasa lain, tertibnya mungkin “I the ball Jim gave”. Apabila kita menyusun kata dalam tertib yang betul, kita boleh menyatakan makna yang kita maksudkan. Ayat “I was shown a book in black leather by the clerk” mempunyai makna yang berbeza daripada ayat “I was shown a book by the clerk in black leather”, maknanya telah berubah kerana sintaksisnya berubah. | UMUM | |
BASIC SYNTACTIC STRUCTURES IN STANDARD MALAY | Basic Syntactic Structures in Standard Malay, buku kajian tentang struktur sintaksis asas bahasa Melayu, hasil karangan E.M.F. Payne dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1970. | BAHASA | Konsep |
KAMUS KHUSUS | KAMUS KHUSUS, salah satu jenis kamus yang memberi sumbangan yang amat penting dalam dunia perkamusan itu sendiri. Oleh sebab konsep kamus itu mempunyai pengertian yang amat luas meliputi input linguistik seperti morfologi, sintaksis, semantik, fonologi, dan semua subdisiplin linguistik yang lain seperti leksikologi, analisis wacana, pragmatik, etimologi den sebagainya, maka potensi kamus khusus itu untuk berkembang jelas terbuka luas. Malah kamus khusus menjadi faktor yang mencorakkan kepelbagaian usaha penyusunan kamus yang menjadi agen kodifikasi bahasa yang amat berpengaruh. | BAHASA | Penerbitan |
PENGKOMPUTERAN BAHASA | PENGKOMPUTERAN BAHASA, proses menggunakan komputer untuk penyelidikan, pengajaran dan penyebaran bahasa. Pengkomputeran bahasa atau pemprosesan bahasa ialah istilah yang digunakan untuk menamakan secara umum semua proses yang menggunakan komputer bagi semua perkara yang berkait dengan bahasa, sama ada untuk penyelidikan bahasa itu sendiri secara in situ ataupun untuk tujuan menggunakannya sebagai alat. Dalam penyelidikan bahasa misalnya, komputer dapat digunakan untuk menimba maklumat-maklumat linguistik seperti maklumat morfologi, sintaksis dan sebagainya. Contohnya komputer boleh digunakan dalam sistem penterjemahan berkomputer, sistem kajian penulisan berkomputer dan sistem kamus elektronik. | BAHASA | Sistem |