Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. rahsia, tersembunyi (dlm ilmu tasa­wuf); 2. keinginan (kemahuan) hati, ingin (mahu) akan sesuatu: tiadalah ia ~ kpd pe­rempuan itu; tak ~ Kl tidak mahu (ingin); kalau tak ~ berdegak, ~ melayang prb jika barang yg diinginkan tidak diperoleh maka hilanglah daya upaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sir I

Peribahasa

Sir bagai berpuntung suluh.

Bermaksud :

Sesuatu dakwaan hendaklah dengan keterangan dan bukti yang cukup.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THOMPSON, SIR JOSEPH JOHN

Thompson, Sir Joseph John (1856–1940) ialah

ahli fizik British yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1906 bagi bidang fizik kerana penemuannya

tentang elektron. Pada tahun 1937, Sir George

Paget Thomson, anak lelakinya dan juga muridnya,

berkongsi Hadiah Nobel bagi bidang fizik dengan

Clinton Davisson, ahli fizik Amerika.

UMUM 
SLOAN, SIR HANS

Sloan, Sir Hans (1660 –1753) ialah doktor dan

ahli botani kelahiran Ireland. Koleksi dan

perpustakaan peribadinya menjadi bahan

permulaan British Museum. Sloan mengumpul

tumbuh-tumbuhan sepanjang hayatnya. Tumbuh-tumbuhan

yang diambil dari Jamaica pada tahun

1687 dan 1688 merupakan tanaman pertama yang

dibawa ke Britain dari Hindia Barat. Sloan

menggantikan Sir Isaac Newton sebagai Presiden

Royal Society. Sloan lahir di Killyleagh, kaunti

Down. Dia menjadi baron pada tahun 1716.

UMUM 
SOANE, SIR JOHN

Soane, Sir John (1753–1837), arkitek British yang

dilantik sebagai arkitek Bank of England pada

tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia

membina semula hampir keseluruhan bangunan

tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya

masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga

membina Dulwich College Picture Gallery di

London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St.

John di Bethnal Green, Trinity Church di

Marylebone; dan St. Peter’s di Walworth. Soane

lahir di Whitchurch, berhampiran Reading,

Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan

koleksi lukisannya yang terdapat di Lincoln’s Inn

Fields kepada Kerajaan British yang dikenali

sebagai Muzium Sir John Soane.

UMUM 
MURRAY, SIR JAMES

Murray, Sir James (1837–1915), <i>ahli filologii>

Scotland (pengkaji bahasa). Dia menjadi editor–

<i> Oxford English Dictionary i> selama 35 tahun. Sebagai

<i> ahli leksikografi i> (penulis kamus), Murray terkenal

dengan penggunaan perkataan yang tepat dan

pengetahuan yang luas. Walaupun kamus itu belum

siap ketika dia meninggal dunia, Murray memberi

sumbangan yang paling penting bagi

penerbitannya. James Augustus Henry Murray lahir

di Denholm, di kawasan sempadan Scotland. Dia

bertugas sebagai guru di pekan berdekatan, iaitu

Hawick, kemudian menjadi kerani bank dan guru di

London. Dia belajar <i>linguistik i>(kajian tentang

bahasa) secara sendiri. Dia menjadi ahli Persatuan

Teks Inggeris Awal dan Persatuan Filologi London.

Dia menjadi editor <i>Oxford English Dictionary i>pada

tahun 1879. Dia dianugerahi pingat kesateria pada

tahun 1908 yang membawa gelaran Sir.

UMUM 
ROSS, SIR RONALD

Ross, Sir Ronald (1857–1932), doktor British, yang

menerima Hadiah Nobel pada tahun 1902 untuk

bidang fisiologi atau perubatan. Hadiah ini diberi

untuk menghargai usahanya yang kemudiannya

menyebabkan penemuan kaedah untuk menentang

penyakit malaria.

UMUM 
ROOKE, SIR GEORGE

Rooke, Sir George (1650–1709), laksamana

Inggeris, panglima besar armada dalam angkatan laut

yang menawan Gibraltar pada tahun 1704. Beberapa

hari kemudian, dia ditentang oleh armada Perancis

yang lebih besar di luar pantai Gibraltar. Pertempuran

itu tidak memberi sebarang keputusan. Selepas

pertempuran itu, Perancis tidak lagi membuat

sebarang percubaan untuk menawan Gibraltar.

UMUM 
REID, SIR GEORGE

Reid, Sir George (1845–1918) ialah Perdana

Menteri New South Wales, Australia, dari tahun

1894 hingga tahun 1899 dan Perdana Menteri

Australia dari tahun 1904 hingga tahun 1905.

Sepanjang kerjayanya, dia percaya bahawa

perdagangan bebas di antara tanah jajahan akan

lebih banyak membangunkan industri daripada

tarif perlindungan. Di Parlimen persekutuan, dia

adalah pemimpin kumpulan perdagangan bebas.

Dia berjaya memaksa kerajaan persekutuan untuk

berkompromi antara perdagangan bebas dengan

dasar perlindungan. Sebagai Perdana Menteri, dia

memimpin kerajaan campuran antara partinya

dengan Parti Liberal, dipimpin oleh Alfred Deakin.

UMUM 
RAWLINSON, SIR HENRY

Rawlinson, Sir Henry (1810–1895) ialah

diplomat British dan pakar Assyria purba. Dia

berjaya menafsir aksara kuneiform yang bertulis

pada zaman Darius Hystaspes, raja Parsi, sekitar

tahun 500-an S.M.

UMUM 
RATTIGAN, SIR TERENCE

Rattigan, Sir Terence (1911–1977) ialah

dramatis Inggeris yang popular. Dia menjadi

terkenal pada tahun 1936 kerana komedinya <i> French i>

<i> Without Tears i>

UMUM 
ROBEY, SIR GEORGE

Robey, Sir George (1869–1964) ialah salah

seorang bintang muzik dewan Inggeris. Dia

terkenal dengan kepetahan bercakap, kata bernas

dan lucu yang diucapkan tanpa sebarang

persediaan, nyanyian dan sketsa watak seperti “The

Prehistoric Man”. Semasa Perang Dunia I (1914–

1918), dia mengambil peranan dalam pusparagam

<i> The Bing Boys Are Here, i> yang termasuklah lagu “If

You Were the Only Girl in the World “.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas