Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.rap] | سيرڤ

Definisi : ; menyirap menyorok, menyusup: darahnya ~ ke telinganya; ~ darahnya ber­debar-debar hatinya (kerana takut dll); menyirapkan 1. Id menyelakkan (menying­kapkan) sedikit; 2. menyebabkan jadi marah, menaikkan darah (dlm erti kiasan); 3. = ~ darah menjadikan terkejut (berdebar-debar dll), memeranjatkan: ada sesuatu dlm semak yg ~ darah Melayunya; tersirap; ~ darah berdebar-debar (kerana terkejut, terperanjat, dll); ~ hati marah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.rap] | سيرڤ

Definisi : sj atap drpd keping-keping papan; menyirap memasang sirap; timah disirap timah yg dipasang sbg sirap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.rap] | سيرڤ

Definisi : 1. larutan gula dan air yg agak pekat dan biasanya berwarna merah dan berperisa; 2. = air ~ minuman yg diperbuat drpd sirap; (air) ~ bandung air sirap yg dicampur dgn susu; ~ batuk ubat batuk yg berupa sirap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.rap] | سيرڤ

Definisi : 1 air gula yg agak pekat (dibuat dgn merebus gula dgn air) dan biasanya dibubuhi pewarna merah atau perasa. 2 minuman yg dibuat drpd sirap 1. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[si.rap] | سيرڤ

Definisi : ; menyirapkan 1 menyebabkan menjadi marah; membangkitkan marah. 2 = ~ darah menjadikan terkejut atau terperanjat; memeranjatkan. tersirap; ~ darah berdebar-debar kerana ter­peranjat, marah dll. ~ hati menjadi marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sirap


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIRAP JAGUNG

Sirap jagung ialah cecair yang pekat, manis

yang dibuat daripada tepung jagung. Pemproses

makanan menggunakannya untuk memaniskan

makanan berbakar, gula-gula, buah dalam tin, dan

banyak makanan yang lain. Sirap jagung

menjadikan tekstur krim dan gula-gula licin. Ia

juga menarik dan membendung lembapan, dan

dengan itu ia membantu mencegah makanan

berbakar daripada menjadi keras.

UMUM 
CICAK BELAKANG SIRAP UMUM 
SIRAP MAPEL

Sirap mapel ialah cecair manis, pekat yang

didapati daripada sap pokok mapel tertentu.

Pokok gula Amerika Utara adalah sumber utama

keluaran makanan yang lazat ini.

UMUM 
SIRAP

SIRAP, minuman yang dibuat daripada gula pasir yang dimasak dengan air, pewarna merah dan daun pandan atau pewangi air mawar.  Sirap juga dipanggil serbat di utara Semenanjung Malaysia.  Sirap dihidangkan pada waktu kenduri, waktu berbuka puasa dan ketika tetamu datang ke rumah.

BUDAYAMakanan
MOLASES

Molases ialah sirap yang pekat, manis, melekit.

Warnanya kekuningan atau perang tua. Molases

digunakan untuk membru, memasak, membuat

gula-gula, menyuling alkohol, dan sebagai makanan

haiwan ternakan.

UMUM 
ASID FOSFORIK

Asid fosforik ialah asid jenis fosforus yang

paling biasa didapati. Pengilang

menggunakannya untuk menghasilkan sebatian

fosfat tidak organik, baja, minuman ringan dan

perasa sirap.

UMUM 
SHE-OAK

She-oak termasuk 70 spesies pokok renek dan

pokok di kawasan Pasifik Barat, khususnya

Australia. Ia berbeza-beza daripada pokok renek

kerdil yang hanya satu meter tingginya, hingga

kepada oak sungai, yang sehingga 30 meter

tingginya. Peneroka awal menggunakan kayu she-oak

sebagai sirap. She-oak tidak berkaitan dengan

oak Eropah, tetapi kayu kedua-dua pokok ini

adalah serupa. She-oak digunakan untuk pagar

pokok dan tampan angin. Ia juga tahan terhadap air

garam dan boleh ditanam di pantai.

Pengelasan saintifik. She-oak tergolong dalam famili

Casuarinaceae dan genus Casuarina.

UMUM 
LENGKONG

LENGKONG, makanan yang mirip kepada agar-agar yang dicampur ke dalam minuman manis seperti sirap. Lengkong yang dikenal juga dengan nama cincau, dipercayai makanan masyarakat keturunan Cina. Pada masa ini, makanan ini popular di kalangan semua bangsa di Malaysia.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas