| SIRAP JAGUNG | Sirap jagung ialah cecair yang pekat, manis yang dibuat daripada tepung jagung. Pemproses makanan menggunakannya untuk memaniskan makanan berbakar, gula-gula, buah dalam tin, dan banyak makanan yang lain. Sirap jagung menjadikan tekstur krim dan gula-gula licin. Ia juga menarik dan membendung lembapan, dan dengan itu ia membantu mencegah makanan berbakar daripada menjadi keras. | UMUM | |
| SIRAP MAPEL | Sirap mapel ialah cecair manis, pekat yang didapati daripada sap pokok mapel tertentu. Pokok gula Amerika Utara adalah sumber utama keluaran makanan yang lazat ini. | UMUM | |
| SIRAP | SIRAP, minuman yang dibuat daripada gula pasir yang dimasak dengan air, pewarna merah dan daun pandan atau pewangi air mawar. Sirap juga dipanggil serbat di utara Semenanjung Malaysia. Sirap dihidangkan pada waktu kenduri, waktu berbuka puasa dan ketika tetamu datang ke rumah. | BUDAYA | Makanan |
| CICAK BELAKANG SIRAP | | UMUM | |
| MOLASES | Molases ialah sirap yang pekat, manis, melekit. Warnanya kekuningan atau perang tua. Molases digunakan untuk membru, memasak, membuat gula-gula, menyuling alkohol, dan sebagai makanan haiwan ternakan. | UMUM | |
| ASID FOSFORIK | Asid fosforik ialah asid jenis fosforus yang paling biasa didapati. Pengilang menggunakannya untuk menghasilkan sebatian fosfat tidak organik, baja, minuman ringan dan perasa sirap. | UMUM | |
| SHE-OAK | She-oak termasuk 70 spesies pokok renek dan pokok di kawasan Pasifik Barat, khususnya Australia. Ia berbeza-beza daripada pokok renek kerdil yang hanya satu meter tingginya, hingga kepada oak sungai, yang sehingga 30 meter tingginya. Peneroka awal menggunakan kayu she-oak sebagai sirap. She-oak tidak berkaitan dengan oak Eropah, tetapi kayu kedua-dua pokok ini adalah serupa. She-oak digunakan untuk pagar pokok dan tampan angin. Ia juga tahan terhadap air garam dan boleh ditanam di pantai. Pengelasan saintifik. She-oak tergolong dalam famili Casuarinaceae dan genus Casuarina. | UMUM | |
| LENGKONG | LENGKONG, makanan yang mirip kepada agar-agar yang dicampur ke dalam minuman manis seperti sirap. Lengkong yang dikenal juga dengan nama cincau, dipercayai makanan masyarakat keturunan Cina. Pada masa ini, makanan ini popular di kalangan semua bangsa di Malaysia. | BUDAYA | Makanan |