Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.rip] | سيريڤ

Definisi : 1. sayap ikan (utk berenang), ridip; 2. (Kej) struktur tetap yg menegak pd ekor pesawat udara utk meningkatkan kestabilannya; bersirip bertindih-tindih atau berlapis-lapis (atap genting dll): atapnya tembaga dan timah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.rip] | سيريڤ

Definisi : alat semacam sayap yg terdapat pd ikan utk menolongnya berenang; ridip: ~ ekor sirip pd bahagian ekor ikan yg digunakan utk mendorong pergerakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sirip (kata nama)
Bersinonim dengan ridip;
Kata Terbitan : bersirip,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKULPIN

Skulpin ialah famili ikan yang mempunyai mulut

besar, kepala besar, leper dan badan yang tirus

hingga ke sirip ekor. Siripnya mempunyai jejari sirip

yang sempurna. Skulpin hidup di banyak bahagian di

dunia, terutamanya berhampiran dengan pantai

berbatu. Sesetengahnya hidup di bahagian dalam

lautan, dan yang lain hidup dalam air tawar di

pedalaman.

UMUM 
IKAN LAYARIkan layar ialah ikan besar yang mempunyai sirip
belakang yang besar yang kembung seperti layar
UMUMUmum
SEPAT BUNGA

Sepat bunga ialah nama bagi lebih kurang 25

spesies ikan yang kecil, memanjang yang terdapat

di perairan tropika dan panas. Kebanyakan sepat

bunga lebih kurang 15 sentimeter panjangnya,

mempunyai sirip dorsal yang panjang dan sirip

dubur yang panjang, yang bertemu di hujung

ekor yang runcing.

UMUM 
SKET

Sket ialah nama sekumpulan ikan yang

mempunyai badan leper, sirip pektoral (sisi) yang

sangat besar, dan ekor yang halus bak cemeti.

Tidak ada perbezaan saintifik antara ikan ini

dengan ikan pari kecuali istilah ini merujuk kepada

sesetengah ikan pari yang lebih besar (lihat Pari).

Sket biasa di timur Lautan Atlantik membesar

sehingga 2.5 meter panjangnya. Ia berwarna kelabu

hijau zaitun atau perang dan bahagian bawahnya

berwarna biru-kelabu. Spesies ini hidup di air

dalam. Sket biasa memakan ikan yang berawan

(tanpa tulang), seperti dogfish dan ikan pari, dan

juga krustasia dan moluska. Ikan ini adalah ikan

makanan yang bernilai dan popular.

UMUM 
SMELT

Smelt ialah satu famili ikan berwarna keperakan

yang didapati di perairan dingin di Hemisfera

Utara. Terdapat 10 spesies. Kebanyakannya kurang

daripada 20 sentimeter panjangnya. Seperti trout

dan salmon, smelt mempunyai satu sirip kecil,

berisi di belakang sirip dorsal di bahagian

belakangnya.

UMUM 
STRUKTUR HOMOLOG

Struktur homolog ialah struktur yang

mempunyai persamaan yang penting dan terbentuk

dengan cara yang sama. Contohnya, kaki sirip anjing

laut dan kaki depan anjing mempunyai struktur asas

yang sama. Kaki penyu dan sayap burung juga

adalah homolog, tetapi kegunaannya berbeza.

Organ yang mempunyai kegunaan yang sama tetapi

tidak sama strukturnya dikatakan analog. Sayap

burung dan sayap serangga adalah struktur analog.

UMUM 
BICHIR

Bichir ialah ikan air tawar Afrika. Badannya

panjang dan halus, dan dilitupi sisik yang keras,

berkilat berbentuk segi empat bujur. Sirip

sisi (pektoral) adalah seperti kipas berserta

tangkai berisi. Terdapat beberapa spesies, yang

panjangnya dari 35 hingga 70 sentimeter.

UMUM 
IKAN TERBANGIkan terbang ialah sejenis ikan yang melompat
dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat.
Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan
siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap.
Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan
ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah
sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam
air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan
terus berada di udara.
UMUMUmum
SETASEA

Setasea ialah anggota order mamalia laut yang

terdiri daripada paus, dolfin dan ikan lumba-lumba.

Setasea melahirkan anaknya dan ia hidup

menyusui susu ibunya. Setasea hidup sepenuhnya

dalam air dan bernafas melalui paru-paru.

Badannya yang seperti ikan mempunyai lapisan

lemak yang tebal yang dinamakan bluber yang

memanaskannya. Setasea mempunyai kaki sirip

bagi kaki depan dan tidak mempunyai sirip

belakang. Setasea hampir tidak berbulu.

UMUM 
IKAN SISA NABIIkan sisa nabi ialah nama famili ikan pipih yang
tengkoraknya herot hinggakan kedua-dua matanya
terletak pada sisi badan yang sama. Ikan sisa nabi
hidup dalam laut panas dekat pantai. Matanya kecil
dan terletak rapat dengan satu sama lain. Mulutnya
bengkok, badannya pipih dan berbentuk bujur. Ikan
ini mempunyai sirip ekor yang membulat.
UMUMUmum
12

Kembali ke atas