Serangga sisik ialah satu daripada banyak  jenis serangga penghisap yang memakan  tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada  tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya  yang halus, bak tiub.       Serangga sisik betina melakukan kebanyakan  kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya  hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur  serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina  berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter  hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada  spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya  daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang  meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga  betina hampir tidak kelihatan seperti serangga  sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut  dan kaki dan jarang bergerak.  Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis  serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang  terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak  jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali  dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,  California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi  serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu  serangga sisik kekapas, yang pada satu masa  mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus  di California.  Sesetengah serangga sisik adalah berguna.  Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada  serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat  Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada  serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik  digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini  diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara   tanah .  Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota  order Hemiptera .  |