Sista ialah pundi tak normal dalam badan yang mengandungi bendalir dan tidak mempunyai bukaan keluar. Sista kulit berlaku lebih kerap daripada sista-sista lain. Ia biasanya terbentuk bukaan kelenjar minyak atau folikel rambut (struktur bak beg yang mengelilingi rambut) tersumbat. Sesetengah sista terbentuk di sekeliling bahan asing yang memasuki badan. Sista-sista lain terbentuk di sekeliling darah selepas berlaku kecederaan. Sista yang terbentuk dalam kelenjar air liur di bawah lidah dikenali sebagai ranula. Sista organ dalaman biasanya disebabkan oleh perkembangan organ yang tak normal. Sista dibuang melalui pembedahan. |