Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

Sistem maklumat pengurusan ialah sistem

komputer yang direka untuk membantu para

eksekutif yang menjalankan urusan perniagaan,

agensi kerajaan dan juga organisasi lain.

Sektor perniagaan sudah lama bergantung

kepada komputer untuk mengendalikan kerja

menyimpan kira-kira yang asas, seperti

penyediaan gaji dan invois. Meskipun begitu,

sistem maklumat pengurusan sebenarnya

membantu pengurus membuat keputusan

perniagaan yang kompleks.

UMUM 
SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFISistem maklumat untuk menjana data geografi.GEOGRAFI DAN GEOLOGISistem
DAPATAN SEMULA MAKLUMAT

Dapatan semula maklumat ialah sistem

untuk mencari fakta dalam kawasan simpanan

maklumat pusat. Bentuk-bentuk mudah dapatan

semula maklumat termasuklah mencari bahan

fakta dalam buku ensiklopedia dan mencari

makna perkataan dalam kamus

UMUM 
TEORI MAKLUMAT

Teori maklumat , memerihalkan bagaimana

mesej dipancar dan diterima melalui sistem

maklumat elektronik seperti televisyen, radio atau

telegraf. Teori ini menyediakan hukum matematik

bagi menentukan kebarangkalian bahawa semua

bahagian mesej yang tersendiri, yang dikenal

sebagai bit , akan dipancar tanpa sebarang herotan.

Jurutera-jurutera elektronik kemudian

menggunakan hukum tersebut bagi meningkatkan

keupayaan, kecekapan, dan kejelasan sistem

maklumat. Penerapan praktik hukum-hukum ini

disebut sebagai sains maklumat.

UMUM 
SISTEM PENYIARAN MALAYSIA

SISTEM PENYIARAN MALAYSIA, sistem penyebaran maklumat di Malaysia.  Sistem penyiaran di Malaysia mengambil kira faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi telekomunikasi dan penyiaran.  Sejarah menunjukkan bahawa bidang penyiaran di Malaysia bermula dengan radio wayarles yang diterokai dan dipengaruhi British pada dekad 1920-an.  Bermula sebagai hobi di kalangan peminat radio amatur British dan sekumpulan rakyat tempatan, akhirnya menjadi suatu industri yang berkembang pesat selari dengan kehendak pasaran serta evolusi teknologi komunikasi mutakhir.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PENGKOMPUTERAN BAHASA

PENGKOMPUTERAN BAHASA, proses menggunakan komputer untuk penyelidikan, pengajaran dan penyebaran bahasa.  Pengkomputeran bahasa atau pemprosesan bahasa ialah istilah yang digunakan untuk menamakan secara umum semua proses yang menggunakan komputer bagi semua perkara yang berkait dengan bahasa, sama ada untuk penyelidikan bahasa itu sendiri secara in situ ataupun untuk tujuan menggunakannya sebagai alat.  Dalam penyelidikan bahasa misalnya, komputer dapat digunakan untuk menimba maklumat-maklumat linguistik seperti maklumat morfologi, sintaksis dan sebagainya.  Contohnya komputer boleh digunakan dalam sistem penterjemahan berkomputer, sistem kajian penulisan berkomputer dan sistem kamus elektronik.

BAHASASistem
PERPUSTAKAAN

Perpustakaan . Perpustakaan merupakan suatu

bahagian yang amat penting dalam sistem

pendidikan di dunia dan dalam proses menyimpan

dan mendapat kembali maklumat. Perpustakaan

menyediakan pengetahuan yang telah dikumpulkan

dari zaman ke zaman melalui buku, filem, rakaman,

dan media lain. Manusia dari semua lapisan

masyarakat, termasuk pelajar, guru, eksekutif

perniagaan, pegawai kerajaan, para sarjana, dan ahli

sains, menggunakan sumber yang ada di

perpustakaan untuk kerja mereka. Sebilangan besar

daripada orang awam turut mengunjungi

perpustakaan untuk memenuhi keperluan menimba

ilmu pengetahuan atau untuk mendapatkan bahan

bagi kegiatan masa lapang mereka. Di samping itu,

ramai orang menikmati perbincangan buku,

pertunjukan filem, kuliah, dan kegiatan lain yang

diaturkan oleh perpustakaan tempatan mereka.

UMUM 
MEKANISME SERVO

Mekanisme servo ialah sejenis sistem kawalan

yang mengesan dan membaiki kesilapan. Industri

menggunakan mekanisme servo untuk mengawal

mesin automatik. Mekanisme servo menghalakan

senjata pada kapal perang dengan menggunakan

maklumat yang diterima dari radar. Mekanisme

servo juga digunakan untuk mengawal pergerakan

peluru berpandu yang sedang mengikut haluan.

UMUM 
PERSENYAWAAN

Persenyawaan ialah proses penyatuan sel seks

jantan dan betina untuk membentuk individu baru.

Ia adalah langkah pertama dalam pembiakan seks.

Sistem pembiakan jantan mengeluarkan sel seks

yang disebut spermatozoa , atau sperma . Sistem

pembiakan betina mengeluarkan sel seks yang

disebut telur . Telur yang tersenyawa, yang terhasil

daripada penyatuan sperma dan telur, dikenali

sebagai zigot . Apabila zigot membesar lagi, ia

menjadi embrio . Rencana ini membincangkan

persenyawaan di kalangan haiwan. Untuk

maklumat tentang persenyawaan di kalangan

tumbuhan, lihat Tumbuhan (Bagaimana tumbuhan

membiak).

UMUM 
MAGNITUD RICHTER

Magnitud Richter ialah angka yang

menunjukkan kekuatan gempa bumi. Ahli-ahli sains

mengira magnitud Richter dengan menggunakan

maklumat yang diperoleh daripada seismograf,

sejenis alat yang merakam pergerakan bumi. Ahli

seismograf Amerika (ahli sains yang mengkaji

gempa bumi), Charles F. Richter, telah

membangunkan sistem ini untuk mengukur

kekuatan gempa bumi pada tahun 1935. Kadangkala

sistem ini dikenali sebagai skala Richter.

UMUM 
12

Kembali ke atas