Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kelompok tisu saraf yg mengawal dan menyelaraskan kegiatan haiwan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANGSANG

Perangsang ialah sejenis bahan yang

menyebabkan peningkatan aktiviti sesuatu organ

di dalam tubuh. Bahan perangsang biasanya

merujuk kepada bahan kimia yang menggiat atau

meningkatkan aktiviti tertentu dalam sistem saraf

pusat (lihat Sistem saraf [Sistem saraf pusat]).

Amfetamin, kafein, dan nikotin ialah contoh

bahan perangsang.

UMUM 
SEDATIF

Sedatif ialah ubat yang mengurangkan aktiviti

sistem saraf pusat. Sedatif dipreskripsikan

terutamanya untuk mengurangkan keresahan atau

untuk melahirkan rasa mengantuk. Kesan sedatif

bergantung pada dos. Apabila diambil sedikit,

dadah ini menenangkan seseorang. Dos yang

lebih sedikit akan menyebabkan rasa mengantuk.

Apabila digunakan untuk menimbulkan rasa

mengantuk, dadah ini umumnya dikenali sebagai

hipnotik.

UMUM 
ATAKSIA

Ataksia ialah ketiadaan koordinasi pada otot.

Ketiadaan ini merupakan simptom kerosakan pada

bahagian sistem saraf pusat. Ataksia lokomotor

melibatkan ketiadaan imbangan atau keseimbangan.

Penghidap ataksia lokomotor harus berdiri di tapak

yang lebar dengan mata terbuka. Jika tidak berbuat

demikian, dia akan bergoyang-goyang malah akan

rebah. Goyangan itu akan bertambah kuat jika dia

memejamkan matanya.

UMUM 
SINDROM REYE

Sindrom Reye ialah sejenis penyakit yang

jarang-jarang berlaku, yang menyerang hati dan

sistem saraf pusat kanak-kanak. Dalam kes yang

berlarutan, penyakit ini boleh mengakibatkan

kerosakan otak atau kematian. Penyakit ini lazimnya

membunuh antara 10 peratus hingga 40 peratus

mangsanya.

UMUM 
KELUMPUHAN SPASTIK

Kelumpuhan spastik suatu keadaan apabila

keupayaan mengawal otot berkurang akibat

kerosakan pada sistem saraf pusat (otak dan saraf

tujang). Kerosakan yang mengakibatkan keadaan ini

boleh berlaku semasa ataupun sebelum kelahiran.

Kelumpuhan spastik boleh juga berkembang

selepas kelahiran sekiranya jangkitan seperti

meningitis merosakkan otak, atau jika kerosakan

berpunca daripada strok, keretakan tengkorak, atau

kecederaan lain.

UMUM 
PRION

Prion ialah zarah mikroskopik yang menyebabkan

penyakit skrapi , sejenis penyakit yang menyerang

lembu dan kambing. Penyakit ini menyerang dan

lama-kelamaan memusnahkan sistem saraf pusat

haiwan. Penyakit ini kebiasaannya akan membawa

maut.

UMUM 
NEUROPATOLOGI

Neuropatologi ialah sains yang mengkaji

perubahan yang dihasilkan oleh penyakit pada

pusat sistem saraf, saraf, atau otot. Ia juga

berkaitan dengan perubahan yang terhasil

daripada aktiviti normal dalam sistem saraf. Ia

mungkin perubahan yang tidak boleh dilihat

dengan mata kasar atau dengan menggunakan

mikroskop optikal atau mikroskop elektron. Lihat

juga Patologi; Sistem saraf.

UMUM 

Kembali ke atas