DEWAN SISWA | DEWAN SISWA, majalah bulanan khusus untuk golongan remaja dan pelajar sekolah menengah. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979, dengan moto “Bulanan Pengetahuan dan Kreatif Siswa Menengah”. Majalah ini berukuran 21 cm x 28 cm. Anggota sidang pengarang pertama majalah ini terdiri daripada M. Noor Azam sebagai ketua pengarang, Haji Ahmad Ismail (Ajikik) sebagai pengarang, Jaafar Abdul Rahim, Mohammad Bahadon dan Kamariah Yusof sebagai penolong pengarang. | SASTERA | Penerbitan |
TAMAN SISWA | TAMAN SISWA, lembaga pendidikan nasional yang didirikan oleh Ki Hadjar Dewantara atau nama sebenarnya Raden Mas Suwardi Suryaningrat di Yogyakarta pada 3 Julai 1922. pertubuhan atau gerakan ini dimulai dengan sebuah taman kanak-kanak yang kemudian berkembang menjadi satu organisasi pendidikan yang cawangan dan sekolah-sekolahnya tersebar di seluruh Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SUARDI SURYANINGRAT | Suardi Suryaningrat (1889–1959), nasionalis Indonesia yang terkenal. Dia mengasaskan sistem pendidikan yang dikenal sebagai Taman Siswa (taman bagi pelajar). Namanya juga dieja sebagai Suwardi. Bagi perkara yang berkaitan dengan kerjanya, dia menggunakan nama baru, Ki Hajar Dewantara. Sebagai tanda penghormatan kepadanya, pada setiap tahun Indonesia meraikan hari lahirnya, 2 Mei, sebagai Hari Pendidikan Kebangsaan, Indonesia. | UMUM | |
ZUBER USMAN | ZUBER USMAN (1916-1976), penulis Indonesia. Dia lahir pada 15 Disember 1916 di Padang. Dia mendapat pendidikan di Thawalib School di Padang (1933), Islamic College di Padang Panjang (1937), Taman Dewasa Raya Taman Siswa Jakarta, Fakultas Sastera, Universitas Nasional (1961) dan Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Indonesia (1962). Zuber pernah menjadi guru Sekolah Ibtidaiyah Muhammadiyah Alai Padang (1934-1937); Sekolah Tsanawiyah (1937-1938); HIS Muhammadiyah, Jakarta (1938-1939); Sekolah Tsanawiyah Muhammadiyah, Sengkong (1939-1941); Taman Siswa, Jakarta (1941-1948); SMA I Budi Utomo Jakarta (1956-1960); pensyarah IKIP Jakarta dan IKIP Muhammadiyah (1962-1976). Dia turut menjadi pemimpin umum majalah Raya (1935-1937) dan redaktur Balai Pustaka (1946-1949). | SASTERA | Tokoh |
KERANDA 152 | KERANDA 152, antologi puisi yang mengandungi karya 33 penyair. Daripada jumlah tersebut, seramai 24 orang terdiri daripada penulis bebas dan sembilan orang siswa dari Universiti Malaya. Jumlah kesemua sajak yang termuat dalam antologi ini ialah 38 buah yang dihasilkan pada awal tahun 1967. | SASTERA | Karya |
SHUKRI ZAIN | SHUKRI ZAIN (1936- ), penulis Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 30 Ogos 1936 di Kampung Lurong Sikuna, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin. Dia pernah menggunakan nama pena Mohd. Zain Brunei dan mara Siswa. Shukri Zain menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Pekan, Brunei. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Arab al-Junied, Singapura (1950-1955) dan Kolej Islam kelang, Malaysia (1956-1959). Dia meneruskan pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda jurusan Undang-Undang Islam (1963). | SASTERA | Tokoh |
S. SUDARMAJI | S. SUDARMAJI (1923 – 1989), penulis lirik, skrip dan pengarah filem. Dia lahir pada 19 Jun 1923 di Yogyakarta, Indonesia. Nama penuhnya ialah S. Sudarmaji bin S. Abdullah dan lebih dikenali dengan panggilan Pak Sudar. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Pertama. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah Teknik Kesusasteraan Bahasa Jawa (Kebudayaan) di Taman Siswa. | BUDAYA | Tokoh |
S.M. ARDAN | S.M. ARDAN (1932 - ), penulis dan penggiat drama Indonesia. Dia lahir pada 2 Februari 1932 di Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sahmardan. S.M. Ardan mendapat pendidikan Sekolah Rakyat pada tahun 1948, Sekolah Menengah Pertama (SMP) pada tahun 1951 dan Sekolah Menengah Atas (SMA) pada tahun 1954, di Taman Siswa Jakarta. | SASTERA | Tokoh |