Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ti] | سيتي

Definisi : 1. Ar sebutan kpd wanita yg mulia: S~ Hawa; S~ Fatimah; 2. sebutan kpd anak­anak perempuan yg tinggi martabatnya: malu sangat rasanya aku apabila kuingat sau­daraku tidak laku kpd puteri-puteri dan ~-~ di Padang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ti] | سيتي

Definisi : sj wisel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siti

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(26)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SITI HAJARIsteri kepada Nabi IbrahimAGAMATokoh
SITI KHADIJAH KHUWAILIDIsteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. dan orang pertama yang beriman selepas kerasulan baginda.AGAMATokoh
SITI FATIMAHPuteri bongsu Rasulullah s.a.w. dan isteri Sayidina Ali bin Abi Talib, Khulafa' al-Rashiddin yang ke empat.AGAMATokoh
CIK SITI WAN KEMBANG

CIK SITI WAN KEMBANG (1580-1677), pemerintah negeri bernama ‘Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerang Tagayong’ dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, Cik Siti Wan Kembang ialah puteri kepada Raja Ahmad, Yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang empat tahun, Raja Ahmad mangkat. Baginda digantikan oleh Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Sultan Hussin. Raja Hussin ialah satu-satunya putera kepada Raja Umar, iaitu Sultan Johor yang bergelar Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil II yang memerintah Johor dari tahun 1570 hingga tahun 1597. Sultan Hussin memerintah Kelantan selama 26 tahun, dari tahun 1584 hingga tahun 1610. Cik Siti Wan Kembang yang masih kecil itu diasuh oleh Sultan Hussin sebagai puteri angkat baginda. Apabila Sultan Hussin mangkat pada tahun 1610, Cik Siti Wan Kembang, ketika itu berusia lebih kurang 30 tahun, ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan. Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam di Gunung Besar yang kemudian dinamai Gunung Cintawangsa yang sekarang ini terletak di sempadan Kelantan-Terengganu. Baginda tidak bersuami. Di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang termasuk yang datang dari luar negeri seperti dari negeri China, India dan Arab berniaga di Kelantan.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SITI MARIAM

SITI MARIAM (1929 -     ), penyanyi.  Dia lahir pada bulan Mac 1929 di Kota Bharu, Kelantan. Siti Mariam mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Padang Garong, kemudian Sekolah Merbau hingga tamat Darjah Empat.  Siti Mariam yang mewarisi bakat seni suara daripada nenek sebelah ayahnya mula menyanyi di majlis-majlis keramaian sejak kecil.  Dia banyak mendapat bantuan daripada ayahnya, Asaad Shukri bin Haji Muda.  Ayahnya seorang penggerak budaya yang terkenal di Kelantan pada masa itu, telah menyedari bakat anak gadisnya dan terus memanggil guru untuk mengenalkan muzik secara teratur kepada anaknya.  Dia dilatih dan dibimbing oleh seorang pemuzik dari pasukan polis.

BUDAYATokoh
SITI TANJUNG PERAK

SITI TANJUNG PERAK (1912-1992), pelakon filem.  Dia lahir di Bugis, Pulau Sulawesi, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Siti Sundari Samad.  Dia tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, hanya tamat sekolah desa.  Semasa berumur belasan tahun, dia telah lari dari kampungnya untuk mengelakkan daripada kahwin paksa dan telah menyertai kumpulan bangsawan `Taman Setia’ pada tahun 1929.  Nama Siti Tanjung Perak diperolehinya kerana dia sering mendendangkan lagu “Tanjung Perak” ketika mengadakan persembahan bangsawan di seluruh Indonesia dan Tanah Melayu pada ketika itu.

BUDAYATokoh
SITI ZAINON ISMAIL

SITI ZAINON ISMAIL (1949 -     ), penulis, penyair dan pelukis.  Dia lahir pada 18 Disember 1949 di Gombak, Selangor.  Dia pernah menggunakan nama samaran Izan Baina.  Siti Zainon menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.  Dari tahun 1970 hingga tahun 1973, Siti Zainon melanjutkan pendidikannya di Sekolah Tinggi Seni Rupa (ASRI), Yogyakarta, Indonesia.

SASTERATokoh
SITI HASMAH MOHD. ALI

SITI HASMAH MOHD. ALI, Datin Seri (1926 -       ), doktor perubatan dan tokoh kebajikan.  Dia lahir pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Kelang, Selangor.  Bapanya, Haji Mohd. Ali bin Taib adalah pegawai kerajaan manakala ibunya Hajah Siti Khatijah binti Ahmad, seorang suri rumah tangga.  Siti Hasmah merupakan anak keenam dalam keluarga.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG

PAKAIAN ClK SITI WAN KEMBANG, pakaian tradisi kaum wanita Kelantan yang terdiri daripada sehelai kain sarung dan dua helai kain panjang yang digunakan untuk kemban dan penutup kepala hinggalah ke bahu.  Fesyen ini dipercayai menjadi kegemaran Cik Siti Wan Kembang, raja perempuan Negeri Kelantan, pada awal abad ke-17.  Pakaian kemban telah direkodkan oleh penulis Portugis pada awal abad ke-15 sebagai pakaian tradisi wanita Melayu.

BUDAYAPakaian
SITI NURBAYA

SITI NURBAYA, novel karya Marah Rusli.  Novel ini diterbitkan pada tahun 1922 oleh Balai Pustaka.  Hingga tahun 1993, ia telah diulang cetak sebanyak 21 kali.  Judul asal novel ini ialah Siti Nurbaya, Kasih Tak Sampai.  Novel ini pernah disiarkan secara bersiri oleh Televisi Republik Indonesia pada tahun 1991.

SASTERAKarya
123

Kembali ke atas