Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.trik] | سيتريک

Definisi : berkaitan dgn atau diperoleh drpd buah­-buahan sitrus, spt lemon dan oren: asid ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sitrik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASID SITRIK

Asid sitrik ialah asid organik biasa yang

memberi rasa masam pada buah lemon, limau

dan buah-buahan sitrus yang lain. Jus lemon

mengandungi 6 hingga 7 peratus asid ini. Nama

sitrik berasal daripada perkataan Latin citrus yang

bermakna pokok sitron (sama dengan pokok

lemon dan pokok limau nipis). Carl Wilhelm

Scheele, ahli kimia Sweden adalah orang pertama

yang mengasingkan asid sitrik daripada jus lemon

pada tahun 1784.

UMUM 
ASID SITRIKAsid yang ditemui didalam buah-buahan sitrus.KEJURUTERAANKonsep
SCHEELE, CARL WILHELM

Scheele, Carl Wilhelm (1742–1786) ialah ahli

farmasi dan ahli kimia Sweden yang menemui

klorin. Dia juga menyediakan oksigen. Tetapi dia

tidak menerbitkan usahanya tepat pada masanya,

dan Joseph Priestly, ahli sains Inggeris, yang

mendapat kepujian. Pada tahun 1770, Scheele

menemui asid tartarik. Dia juga orang pertama

yang mendapatkan asid laktik, asid oksalik, asid

sitrik, dan asid hidrofluorik tulen. Dia menemui

hijau Scheele (kuprum arsenit), molibdenum, dan

scheelit (kalsium tungstet). Scheele lahir di

Stralsund, Jerman, dan pada masa kecil dia

menjadi pembantu kepada ahli farmasi. Dia

kemudiannya membuka kedai farmasinya sendiri di

Köping, Sweden dan membuat kebanyakan

penemuannya di sana.

Lihat juga Kimia (Teori flogiston) ; Klorin;

Molibdenum.

UMUM 

Kembali ke atas