Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siul] | سيول

Definisi : = siulan 1. bunyi (spt bunyi suling) yg dibuat dgn menghembuskan angin melalui mulut yg disempitkan; 2. bunyi burung, desis ular: aku terdengar ~ burung dara yg me­nyanyikan lagu bahagia; bersiul 1. membuat bunyi (spt bunyi suling) dgn mulut: kemudian didengarnya bunyi orang ~; 2. berbunyi (burung), mendesit (ular): unggas-unggas berterbangan dr dahan ke dahan serta ~-siul; bersiul-siul bersiul berulang kali: kadang­-kadang dia ~ kecil; dia kelihatan gembira sambil ~ menuruni tangga; menyiulkan bersiul membawakan (menya­nyikan dsb) sesuatu lagu: ia ~ lagu Seri Mersing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siul] | سيول

Definisi : sj burung; ~ bertam, Melanoperdix nigra; ~ bukit, Arboro­phila torquelo; ~ jambul, Rollulus roulroul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siul] | سيول

Definisi : , = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siul


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG SIUL

Burung siul ialah nama yang popular untuk

semua jenis burung kecil yang bertenggek.

Kebanyakan spesies burung ini terkenal kerana

lagu yang merdu dan menarik yang dihasilkan.

UMUM 
YELLOWTHROAT

Yellowthroat ialah burung siul hutan yang

hidup di Amerika Utara. Burung ini tinggal di

kawasan berumput basah dan rawang,

di tempat ia boleh bersembunyi di celah-celah

mensiang yang tinggi. Belakangnya berwarna

hijau buah zaitun dan lehernya berwarna

kuning-jingga terang.

UMUM 

Kembali ke atas