TALMUD | Talmud ialah koleksi undang-undang agama dan sivil orang Yahudi yang disertai dengan terjemahan ilmiah. Ia adalah hasil penulisan kedua yang dianggap suci dan berpengaruh di kalangan orang Yahudi, selepas kitab Bible . Agama Yahudi menganggap mempelajari Talmud secara sepenuh masa adalah antara amalan yang paling mulia. | UMUM | |
KANUN NAPOLÉON | Kanun Napoléon ialah nama yang sering diberikan kepada kanun yang mengandungi undang-undang sivil Perancis, sebagai membezakannya daripada undang-undang jenayah Perancis. | UMUM | |
TEOKRASI | Teokrasi ialah satu bentuk kerajaan yang diperintah oleh paderi atau paderi-paderi, dan paderi-paderi ini mempunyai kuasa ke atas perkara-perkara sivil dan keagamaan. Perkataan theocracy berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu theos yang bermakna tuhan dan kratein yang bermakna memerintah. | UMUM | |
PEMPROSESAN GAS | Bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan pemprosesan, penghantaran, pengagihan, dan penggunaan gas. Kejuruteraan gas ialah satu bidang yang luas dan mencakupi pelbagai disiplin. Bidang lain yang berkaitan dengan kejuruteraan gas ialah kejuruteraan sivil, mekanikal, elektrik dan kimia. Walau bagaimanapun, kejuruteraan gas dikategorikan sebagai subbidang kejuruteraan kimia. Jika ditinjau dari aspek aktiviti untuk memanfaatkan bahan petroleum, kejuruteraan gas ialah aktiviti bahagian hiliran berbanding bidang kejuruteraan petroleum yang melibatkan aktiviti huluan, iaitu eksplorasi dan pengeluaran bendalir petroleum. Kejuruteraan gas merupakan penghubung antara pengeluar bendalir petroleum dengan pengguna bahan tersebut. Kejuruteraan gas juga merupakan bidang yang kompleks kerana melibatkan orang ramai yang berbeza latar belakang sehingga perlu ditangani dengan sempurna terutamanya yang melibatkan aspek keselamatan harta benda dan jiwa. | KEJURUTERAAN | Disiplin Ilmu |
DEKLARASI SEJAGAT HAK ASASI MANUSIA | Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. Ia mengandungi tanggungjawab sivil, ekonomi, politik dan hak sosial serta kebebasan setiap manusia di dunia ini. Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia ini menyatakan bahawa semua manusia dilahirkan bebas dan mempunyai maruah dan hak yang sama. Pengenalannya menyatakan bahawa deklarasi ini dibuat berfungsi sebagai standard umum pencapaian untuk semua manusia dan semua negara. | UMUM | |
SYERIF DAN BAILIF | Syerif dan bailif. Di England dan Wales, high sheriff ialah ketua pegawai kerajaan di setiap kaunti. Di Scotland, syerif ialah hakim di mahkamah tempatan. Syerif Scotland ialah peguam terlatih dan mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes jenayah dan sivil. | UMUM | |
MAHKAMAH PENGHULU | MAHKAMAH PENGHULU, mahkamah paling rendah dalam hierarki sistem kehakiman di Semenanjung Malaysia. Menurut Ordinan Mahkamah 1948, bidang kuasa Mahkamah Penghulu, sama ada dalam kes jenayah ataupun kes sivil sangat terhad. Bidang kuasa penghulu, tercatat dalam surat pelantikan penghulu itu. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |