Sket ialah nama sekumpulan ikan yang mempunyai badan leper, sirip pektoral (sisi) yang sangat besar, dan ekor yang halus bak cemeti. Tidak ada perbezaan saintifik antara ikan ini dengan ikan pari kecuali istilah ini merujuk kepada sesetengah ikan pari yang lebih besar (lihat Pari). Sket biasa di timur Lautan Atlantik membesar sehingga 2.5 meter panjangnya. Ia berwarna kelabu hijau zaitun atau perang dan bahagian bawahnya berwarna biru-kelabu. Spesies ini hidup di air dalam. Sket biasa memakan ikan yang berawan (tanpa tulang), seperti dogfish dan ikan pari, dan juga krustasia dan moluska. Ikan ini adalah ikan makanan yang bernilai dan popular. |