Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skrip] | سکريڤ

Definisi : cerita dll yg bertulis (bertaip dsb); ~ filem skrip yg disediakan utk sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dsb, lakon layar; penskripan hal (proses) penulisan skrip: memanglah drama Melayu sebelum ini tidak ada tradisi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skrip] | سکريڤ

Definisi : sijil sementara (dlm urusan saham) yg membolehkan pemiliknya menukarkannya menjadi wang atau sijil saham biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skrip


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARDEN, JOHN

Arden, John (1930– ), penulis skrip Inggeris

yang menjadikan pertentangan antara seorang

rakyat biasa yang tidak mempunyai daya imaginasi

dengan seorang individu yang penuh dengan

imaginasi tetapi hidup dalam keadaan kucar-kacir

sebagai tema utamanya. Dia mengembangkan tema

itu dalam dramanya Live Like Pigs (1958) dan

Serjeant Musgrave’s Dance (1959). Arden lahir di

London. Dia terkenal kerana daya cipta teknik

dramanya. Dalam The Happy Haven (1960) semua

pelakon memakai topeng dan naratifnya dicelahi

dengan lagu dan tarian. Dramanya yang lain ialah All

Fall Down (1955), Armstrong’s Last Goodnight (1964),

The Bag Man (1970), Pearl (1978) dan To Put It

Frankly (1979).

UMUM 
ANGELOU, MAYA

Angelou, Maya (1928– ), penulis, penyair,

penulis skrip drama, editor, pelakon wanita,

pengarah, dan guru Amerika. Dia paling dikenali

kerana siri pertama karya autobiografinya, I Know

Why the Caged Bird Sings (1970).

UMUM 
O'NEILL, EUGENE GLADSTONE

O’Neill, Eugene Gladstone (1888–1953),

dianggap penulis skrip drama Amerika yang

terulung. Dia menjadi dramatis Amerika yang

pertama menulis kisah tragedi secara konsisten.

O’Neill menerima Hadiah Nobel dalam bidang

kesusasteraan pada tahun 1936. Empat daripada

karya dramanya memenangi Hadiah Pulitzer–

Beyond the Horizon pada tahun 1920; Anna

Christie pada tahun 1922; Strange Interlude pada

tahun 1928; dan Long Day’s Journey into Night

pada tahun 1957.

UMUM 
DAHL, ROALD

Dahl, Roald (1916–1990), penulis prolifik yang

menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan

skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi,

humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang

mengejutkan.

UMUM 
P. RAMLEE

P. Ramlee (1929–1973), penyanyi, penggubah lagu,

pemuzik, pelakon, penulis skrip dan pengarah filem

teragung di Malaysia. Dia lahir pada 22 Mac 1929 di

Pulau Pinang dan meninggal dunia pada 29 Mei 1973

di Kuala Lumpur. Nama sebenar P. Ramlee ialah

Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh. Ayahnya, Teuku

Nyak Puteh Nyak Karim, berasal dari Lhoksemauwe,

Aceh. Ibunya Che Mah Husin berasal dari Kubang

Buaya, Seberang Prai, Pulau Pinang.

UMUM 
BEBASARI

BEBASARI, skrip drama yang dihasilkan oleh Rustam Effendi, diterbitkan pertama kali pada tahun 1926.

SASTERAKonsep
O'FAOLAIN, SEAN

O’Faolain, Sean (1900–1991), terkenal sebagai

penulis Ireland yang terkemuka. Kebolehannya

sebagai penulis cerpen menjadikannya masyhur di

seluruh dunia. Dia juga menulis skrip drama,

beberapa buah novel, dan biografi sejarah. Koleksi

cerpennya termasuk Midsummer Night’s Madness

(1932), A Purse of Coppers (1937), dan The Talking

Trees (1971). Karyanya yang lain termasuk Come Back

to Erin (1940) dan The Great O’Neill (1942). O’Faolain

lahir di Cork dan mendapat pendidikan di University

College, Cork, dan Harvard University, di Amerika

Syarikat.

UMUM 
AMBLER, ERIC

Ambler, Eric (1909–1998) ialah pengarang

British yang menjadi terkenal dengan novelnya

yang ditulis dengan baik tentang komplot dan

kembara antarabangsa. Dia juga menulis skrip

untuk filem. Novel Ambler termasuk A Coffin for

Dimitrios (1939), Journey into Fear (1940), The

Light of Day (1963), The Levanter (1972), dan The

Care of Time (1981).

UMUM 
O'BRIEN, EDNA

O’Brien, Edna (1932– ), novelis Ireland yang

membina reputasinya melalui novelnya yang

pertama, The Country Girls , yang diterbitkan pada

tahun 1961. Karyanya yang lain termasuk The

Lonely Girl (1962), Girls in Their Married Bliss

(1963), dan The Love Object (1968). Dia juga

menulis beberapa buah cerpen, skrip drama

televisyen, dan skrip filem.

O’Brien lahir di Tuamgraney di Kaunti Clare,

Ireland. Dia berpindah ke England pada tahun

1958.

UMUM 
TEATER

Teater ialah persembahan secara langsung yang

dilakukan di hadapan para penonton. Teater

melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas

hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih

tradisional, teater ialah bentuk seni yang

melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan

skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang

pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang

dicipta oleh penulis drama. Persembahan

dilakukan di hadapan penonton di ruang yang

direka bentuk bagi tujuan itu.

UMUM 
123

Kembali ke atas