Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skrol] | سکرول

Definisi : gulungan kertas, kertas kulit dsb yg di atasnya tertera tulisan, lukisan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skrol] | سکرول

Definisi : gulungan kertas dsb yg pdnya terdapat tulisan tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skrol


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKROL

Skrol ialah segulung kertas, kertas kulit, atau

bahan lain yang digunakan untuk ditulis di atasnya.

Kebanyakan skrol digulung pada gangsa, gading,

atau kayu. Ada kalanya penggulung ini dihiasi di

kedua-dua hujungnya dengan tombol kecil atau

hiasan lain. Tombol melindungi skrol dan

memudahkannya dipegang. Skrol biasanya ditutup

pada kedua-dua hujung, dan apabila ia digunakan

gulungnya dibuka daripada satu rod dan

digulungkan pada rod yang satu lagi.

UMUM 
SKROL LAUT MATI

Skrol Laut Mati merupakan manuskrip purba

yang berasal dari Palestin. Skrol ini dijumpai di

dalam gua padang pasir berhampiran pantai barat

Laut Mati (lihat Laut Mati [peta]). Kumpulan pertama

skrol ini ditemui pada tahun 1947 oleh budak

gembala di dalam gua di Wadi Qumran (Lembah

Qumran). Pada akhir tahun 1940-an dan awal tahun

1950-an, ahli kaji purba dan orang Badwi telah

menjumpai sepuluh lagi gua yang mengandungi

tulisan purba ini.

UMUM 
PERPUSTAKAAN ISKANDARIAH

Perpustakaan Iskandariah ialah tempat

koleksi skrol purba yang terbesar dan paling

terkenal.

UMUM 
PACMEN

Pacmen ialah kulit haiwan yang disediakan sebagai

permukaan untuk penulisan. Perkataan pacmen

biasanya bermaksud bahan penulisan yang dibuat

daripada kulit kambing, kulit biri-biri atau kulit anak

lembu. Bahan seperti ini sangat tahan. Skrol pacmen

masih wujud semenjak kira-kira tahun 1500 SM.

UMUM 
RENDA

Renda ialah fabrik hiasan yang terdiri daripada

corak benang berupa kain net yang terbuka. Renda

yang paling halus diperbuat daripada benang

linen, tetapi kapas, sutera, bulu bebiri, serat

buatan, malah benang emas dan perak juga turut

digunakan. Reka bentuk pada kebanyakan jenis

renda, terdiri daripada corak bunga atau daun.

Reka bentuk yang lain mempunyai corak haiwan,

bentuk manusia dan benda-benda seperti tiang

dan skrol. Kebanyakan renda digunakan untuk

menghias pakaian dan untuk membuat barang-barang

perhiasan untuk rumah dan gereja.

UMUM 

Kembali ke atas