Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skua.dron] | سکوادرون

Definisi : 1. unit tentera udara yg terdiri drpd 10 hingga 18 buah pesawat terbang; 2. pasuk­an tentera darat yg terdiri drpd lebih kurang 100 orang anggota, merupakan sebahagian drpd rejimen, dan biasanya dibahagikan kpd tiga trup; 3. unit tentera laut yg terdiri drpd dua buah kapal atau lebih yg sama jenisnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skua.dron] | سکوادرون

Definisi : sebilangan kapal terbang (biasa­nya sepuluh buah) yg membentuk satu pasukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skuadron


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REJIMEN

Rejimen ialah organisasi tentera yang

bertanggungjawab terhadap perumahan dan

penyusunan sekumpulan tentera dan peralatannya.

Banyak rejimen dibentuk kepada beberapa

kumpulan kecil seperti batalion infantri, skuadron

(tentera perisai), atau pasukan meriam (artileri).

Rejimen infantri mungkin mengandungi sekurang-kurangnya

dua batalion semasa aman atau paling

ramai 15 batalion semasa perang.

UMUM 
SCAPA FLOW

Scapa Flow ialah lembangan laut yang dikelilingi

oleh Kepulauan Orkney, di utara Scotland.

Panjangnya ialah 24 kilometer dan lebarnya 13

kilometer. Scapa Flow menjadi ibu pejabat

skuadron Armada Utama British semasa Perang

Dunia I. Pada 21 Jun 1919, tentera laut Jerman yang

kalah membocorkan dan menenggelamkan kapal

yang masih berada di lembangan itu. Ketika Perang

Dunia II, kapal selam Jerman menenggelamkan

kapal perang British, Royal Oak , semasa

melabuhkan sauhnya di Scapa Flow. Pada tahun

1970-an dan tahun 1980-an, Scapa Flow menjadi

terminal penting untuk saluran paip minyak dari

Laut Utara.

Lihat juga Orkney.

UMUM 

Kembali ke atas