Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skur.vi] | سکورۏي

Definisi : (Ubat) penyakit yg disebabkan oleh kekurangan vitamin C dlm makanan (ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, perdarahan di bawah kulit, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skur.vi] | سکورۏي

Definisi : penyakit yg disebabkan oleh kekurangan vitamin C (dlm badan), yg menyebabkan gusi menjadi bengkak dan berdarah, luka yg hampir sembuh terbuka semula, dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skurvi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKURVI

Skurvi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh

kekurangan asid askorbik (vitamin C) dalam diet.

Jika seseorang tidak mendapat cukup vitamin C,

sebarang luka yang dialaminya sukar sembuh dan

mudah mengalami lebam. Dinding kapilari (saluran

darah yang kecil) pesakit menjadi sangat lemah dan

sekiranya terjadi sedikit tekanan sahaja boleh

menyebab saluran darah tersebut pecah. Mulut

dan gusi pesakit menjadi sakit. Gusi berdarah dan

gigi menjadi longgar. Pesakit kehilangan selera

makan, sendi mereka menjadi sakit, dan gelisah.

Anemia juga boleh berlaku.

UMUM 

Kembali ke atas