Libel ialah kenyataan bertulis, bercetak atau kenyataan lain dalam bentuk kekal yang merosakkan nama baik seseorang. Gambar, tanda dan maklumat yang disiarkan di radio atau televisyen mungkin mengandungi libel. Slander sama seperti libel. Walau bagaimanapun, slander melibatkan kata-kata yang diucapkan atau kenyataan yang dilafazkan yang merosakkan nama baik seseorang. Di negara-negara yang membenarkan kes-kes slander, mangsa slander mesti dapat membuktikan bahawa nama baiknya benar-benar tercemar. Dalam tindakan libel, bukti bahawa nama baik seseorang itu telah tercemar tidak diperlukan. Libel dan slander merupakan bentuk fitnah . Biasanya individu menjadi sasaran libel, tetapi syarikat atau perbadanan mungkin membuat dakwaan kerana menyebabkan nama syarikat atau perbadanannya terjejas. |