Pergunungan Catskill membentuk satu rangkaian gunung separuh bulat di bahagian barat Sungai Hudson di New York, Amerika Syarikat. Ia merupakan salah satu banjaran utama dalam sistem Pergunungan Appalachian. Pinggir selatan Pergunungan Catskill terletak kira-kira 65 kilometer ke barat laut kota New York. Untuk lokasi, lihat New York (peta fizikal). Panjang rangkaian gunung ini kira-kira 110 kilometer dan lebarnya 80 kilometer. Puncak yang paling tinggi ialah Gunung Slide, 1281 meter dan Gunung Hunter, 1227 meter. |