Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[slo.gan] | سلوݢن

Definisi : kata-kata keramat yg dijadikan pe­gangan (panduan, dll) sesuatu organisasi (kempen dsb), cogan kata, kata semboyan: beramai-ramailah mereka tumpang sama meneriakkan ~, meneriakkan merdeka; berslogankan menggunakan (sesuatu) sbg slogan: pertubuhan itu ~‘Seni Untuk Seni’. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[slo.gan] | سلوݢن

Definisi : kata-kata yg dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. berslogan mempunyai slogan. berslogan­kan mempunyai sesuatu sbg slogan; ber­cogan­katakan: Perjuangan mereka ~ “Hidup Melayu”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
slogan (kata nama)
Bersinonim dengan cogan kata, kata-kata semboyan, kata-kata keramat.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEWAN SASTERADEWAN SASTERA, majalah bulanan sastera yang pertama diterbitkan di Malaysia, bertujuan membina dan mengembangkan sastera Malaysia. Majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur ini buat pertama kalinya diterbitkan pada 15 Januari 1971. Mulai keluaran Jun 1986, penerbitannya ditukar daripada pertengahan bulan kepada setiap awal bulan. Sesuai dengan sifatnya sebagai majalah yang khusus membicarakan tentang kesusasteraan, maka slogan yang digunakan ialah ‘Peneroka Sastera Kreatif’.SASTERAInstitusi/Organisasi
KEADILAN SOSIAL

Keadilan Sosial, bentuk keadilan yang merujuk pada soal pembahagian hak dalam masyarakat. Ia sering ditandai dengan slogan siapa mendapat apa.

UNDANG-UNDANGKonsep

Kembali ke atas