| SLOTH TANAH | Sloth tanah ialah haiwan besar, yang telah pupus dalam famili sloth. Sloth tanah yang terbesar kira-kira enam meter panjangnya dan sebesar gajah. Tulangnya besar, kaki belakangnya berat dan ekornya kuat. Ini membayangkan bahawa sloth tanah tentunya boleh berdiri dengan kaki belakangnya untuk mencapai dahan dan daun yang tinggi. Ia hanya makan tumbuh-tumbuhan. Tidak seperti sloth kini, sloth tanah tidak memanjat pokok. | UMUM | |
| SLOTH | Sloth ialah nama biasa bagi famili haiwan di Amerika Selatan yang bergerak dengan perlahan dan pelik. Apabila bergerak di atas pokok, ia berjalan terbalik, tergantung dari dahan. Sloth boleh tergantung dengan sangat kuat dari dahan dengan cakarnya bak cangkuk hinggakan ia tidur dalam keadaan ini. Malah sloth mungkin terus bergayut pada pokok untuk beberapa masa selepas ia mati. | UMUM | |
| POTTO | Potto ialah haiwan kecil yang hidup di bahagian barat Afrika. Potto tergolong dalam famili haiwan yang meliputi monyet, mawas dan manusia. Tetapi potto kelihatan lebih mirip kepada sloth, berbanding monyet atau mawas. Potto ialah ahli sekumpulan haiwan yang dikenali sebagai lemur lembap atau loris . | UMUM | |